Sunday, December 2, 2012

Ramai Yang Nikah Disember ni =__=

Salam blogy...

Ahha!!! Sudah berakir episod cat mengecat tadika... Sekarang adalah cerita, Kursus Tadika KSPK di Hotel Oriental Crystal Kajang yang memang superb. Banyak sangat ilmu yang dapat. Hati semakin jatuh cinta dengan bidang ni. Seriusly.  Tapi  mak pernah pesan dengan saya.....

" Jangan terlalu beria dengan impian kita, kalo tak jadi nanti, frust menonggeng... Buat yang terbaik, berusaha sehabis daya, Doalah kepada DIA. Mak doakan...... "


Robbi Yassir Walatua'ssir..  Allah permudahkan jalan ku Ya ALLAH... 

Dulu saya sangat malas nak amalkan ayat ni, tapi minggu lepas dalam slot kursus, ada sorang penceramah ni telah menyuntikkan sejenis vitamin dalam hati untuk mengamalkan ayat ni, 
" Eh betul la... ayat  ni memang mujarab kalau kita ada apa- apa masalah, tak jumpa parking ke, duit hilang ke, mesti Allah bagi penyelesaian. " Then berdezuppp la dalam hati saya...... Oh ye...mesti amalkan!!

Maklum la, sekarang ni otak saya  tak berhenti henti berfikir, merancang... nak kumpul duit la, nak cari kerja part time la, nak sambung master, nak bukak tadika, nak kawen.. sampai la mak saya jadi stress! ahhahhaha, sebab dia jadi tempat saya mengadu setiap episod dalam hidup ni.

Kursus Tadika ni memang sangat menyeronokkan. semua tak lokek ilmu, tak kira bangsa cina, india, Melayu. Yang syoknye, kelas saya ramai pengetua tadika.. Banyak wo dapat ilmu. terimakasih puan pengetua Tadika Bijak Muslim, Bandar Rinching Semenyih Puan Zaiton yang menghantar saya ke kursus ni.

Semasa kursus ni, ada la pulak terfikir saya nak sambung master dalam bidang pendidikan kanak- kanak, cuma tak tahu hendak amik di OUM, atau IPTA je....then dok cerita dengan Firdaus, tiba- tiba dia pun kata nak sambung belajar 2 tahun. Stress kerja katanya.... warggh!!!!!!!!! Pakcik! saya mahu kawen....... =__=

Lagi - lagi bila satu-satu kawan saya melangsungkan majlis...... wahaahahha... tipu la kalau x jeles kan...walaupun saya baru 23 tahun, tapi...... fuh!! gatal sangat da sekarang ni.

OPSS!! Nope at all! Bukan gatal jadi isu... The main issue right now is, I wanna a new life with him..new surrounding..."

Bila saya mengadu dekat Firdaus yang kawan- kawan saya ramai buat majlis Bulan Disember 2012 ni, dengan lagak Tok imam nya, die menjawab... " Jangan pandang rezeki orang....... Itu rezeki diorang, rezeki kita Allah je yang tahu..." Ok,  saya terus jadi cool macam cool blog.

Yang mampu dilakukan sekarang  ialah, jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, walaupun saya sekarang hanya penunggang motorsikal EX5, dan berkerja dengan gaji yang biasa- biasa je... dan si pakcik firdaus pun hanya bermotor LC colour merah juga bergaji biasa- biasa je......

TAPI TIDAK MUSTAHIL UNTUK KAMI MEMILIKI HONDA CIVIC DAN RUMAH BESAR satu hari nanti......... janji jangan putus asa, usaha kena gigih!! buat perancangan terbaik... Berdoa kepada ALLAH.

Wednesday, November 14, 2012

Wonderful Day

Assalamualaikum dear all blogy...

 Its really wonderful day yang agak memenatkan. menconteng dinding tadika dengan lukisan- lukisan yang tangan ku. hahahaha. Percaya tak percaya berjaya juga saya menyiapakan lukisan di tadika hampir 70%. Sangat teruja bermain cat- cat yang warna warni. Dalam fikiran saya, saya mahu budak- budak datang ke tadika dengan PASSION sebab tiap- tiap hari diorang akan tengok lukisan dekat luar tadika dulu sebelum masuk kelas....... Ahha. I hope they all like it .....

Misi besok adalah memanjat dinding tadika untuk mengecat tulisan " TADIKA BIJAK MUSLIM". Tinggi wo, nasib baik ada assistant yang sangat membantu. MR. Firdaus. Thanks bro!! heheh



TQ pakcik kerana menolong saya.. 

Tuesday, November 13, 2012

Duit Kahwin RM20K ???


Assalamualaikum semua......

Cerita kahwin lagi. Promote muka ke ape ni????? Geli gile........ahahaha. Nope at all. We are 23th this year. yang gambar bawah tu 6 tahun lepas... dekat Angsana JB, 1st time jumpa. He's from Pahang, And I am from Selangor. Kenal dari adik angkat. Ok cukup sampai situ. hahahaha. Kitorang satu kepala, dua hati. Lebih 2 kali putus. ahahahhaah. 

1 st time minta nasihat dengan abang saya berkisar..... "Patut ke ayuz kawen taun depan AA (My second bro. love him so much. We all Panggil die aa), kitorang ni dah putus 2 3 kali kot.......

Then aa answered.....

" Ape kesah?  AA dengan kak fiza putus 7 kali, Alhamdulillah kwen jugak. Jodoh la....susah nak cita... "


Ok fine!! memang betul aa cakap. Gambar atas sangat season ok. Macam budak-budak baru bercinta, nak edit- edit gambar bagai. sebaik tak letak love besor2, i love u , u love I. Geli sangat. Both of us have been through long journey with macam- macam dugaan... and We hope it will be end with barakah..


Hari tu ada update yang Firdaus (aus) datang untuk pertama kali kan....  dapat jumpa ma and my third bro (Awar) je. Wah, before this time saya masih belajar, mak punya la maki hamun si Firdaus ni ha...... ma memang  tak suka bercinta- cinta masa belajar. At last, Aus pun terkejut dengan keperamahan and sportingnya ma. Ha, baru ko tahu omak den memang superb!! Its such green light from my mom and all my siblings. Tinggal tunggu approval abah je, encik wali. ahahhahaha.

Beria kan cerita kawen tahun depan,...... InsyaALLAH. Tengah berusaha kumpul duit. En Aus  sibuk target mengumpul duit kawen up to 20K for the ceremony. then  I said to him, " Hey, tolong lah bro jangan membazir........ kita buat majlis biasa-biasa sudeh....... Lu ni... " 

Seriusly saya sangat tidak setuju dengan dia dalam bab-bab blanja kawen. I said no pelamin, tapi die nak.... after slow talk gedebak gedebuk...dia setuju untuk tiada pelamin....


Saya mengimpikan majlis yan penuh keberkatan. Berkat bukan datang dari all the stuff yang mahal-mahal kan? Bukan senaang nak kumpul duit kawen...huhuuhhu..Tetapi I believe it, AllAH ada, DIA maha Penyanyang. Pasti ada jalan... Doakan untuk kami......... 

Salam....

I am Husna.. Teacher Husna

Assalamualaikum dear all... Bloggy

Fuh2... Im back! Saya seorang cikgu tadika sekarang.. Teacher Husna. Di sebuah tadika yang permai.. bersama barisan guru2 yang superb dan diterajui pengetua yang gila superb, Teacher Zaiton.. Korang semua memang terbaek ( Teacher Sabrina, Teacher Mira, Teacher Lela.. Teacher Bella).

     Siapa sangka. Saya fresh grad in Nuclear Science, and Right now I already decide to become as cikgu tadika. Saya sangat teruja dengan budak -budak. Baru baru ni ada buat Majlis perpisahan dengan semua students 6 tahun. Sedih sangat. Budak- budak menangis... cikgu - cikgu ape lagi kan..... hujan air batu, hujan asid semua ada... ha, sedih la sangat. Yang badge kali ni saya memang rapat sangat... yang palin  tak sangka, budak- budak 2 3 tahun pun menangis okey...., mungkin diorang pelik, kenapa kakak abang2 semua dok hahuhahu kan....... All the memories always deep inside my heart. Teacher doakan kejayaaan kamu semua ye.......

Buat masa sekarang, saya sangat enjoy dengan kerja ni. Awal -awal pagi kena ajar ngaji...feeling dan kepuasan bekerja memang terasa sangat. Minggu depan saya, Rina dan Lela pergi kursus tadika 3 minggu. Yes, Saya serius untuk membuka tadika satu hari nanti... tahun 2013 adalah tahun yang cukup mencabar, tahun depan la nak belajar, dan amik semua pengalaman sebaik mungkin... ada rezeki, 2014 InsyaALLAH i get it. Doakan saya ye!!!!

Saya sangat percaya, bile kite ikhlas dalam kerja kita, ALLAH akan tunjukkan kita jalannya...... So fresh grad  dekat luar sana, walaupun kita ada degree, master or bapak master pun, pilih jalan terbaik, jangan fikir gaji lumayan je....kepuasan dalam bekerja lagi penting, Simple word is Barakah form Ilahi. and ENJOY!! entah, tak berani cakap lebih, sebab saya pun still merancang masa depan saya dengan tadika.. walaupun abah dok gasak... " pergila isi spa, kerja kerajaan, terjamin..."  tak pun " Pergila career fair, cari company besar-besar...tak kan  belhar tinggi , nak kerja tadika..... "

Biar ape orang kata, saya percaya dengan jalan yang saya pilih. ALLAH Maha Mengtahui niat kita...... peace u ollz.!! Berusaha lah untuk hidup lebih dieberkati... Anak- anak tadika, anak- anak syurga.....

Salam.....

Thursday, September 20, 2012

Jumpa bakal mak pak mentua

Assalamualaikum.

Disebabkan hari ini adalah hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal. Pas ni dok nganga kira guli la kat rumah. Tetapi. Saya seorang yang berwawasan. Aiceh. Saya ada la plan. Otak saya memang tak berhenti berfikir dan terus merancang tentang masa depan saya. Pasti la kan, awak-awak di luar pun sama kan? Lepas habis study, mestila plan wut to do, wut to do.


So Then, Wut to to??? Next week saya akan berjimba- jimba di rumah bersama anak-anak buah yang raaaaamai sangat. ceh dekat rumah ada dua orang je. Rehat la seminggu bong. Penat wo study..lama boh! 3 Tahun. he. Then saya, cik Farah, Cik Kafa akan fly ke over the sea, sarawak jap. lepak2 tengok tempat orang selama 6 hari. Im waitin for that moment!!! Awal- awal duit PTPTN dah reserve beli tiket murah...yeay fly and fly to over the sea. Hajat dihati mahu makan ulat yang orang biasa makan dekat sana tu. Ulat mulong. Akak ofis dok cita, kalau masak lagi sodap dari udang. OK...cukup lah aku dok berjimba jimba selama dua minggu.


Then, wut to do, wut to do???? Besok ada dua benda penting yang akan saya hadapi.


Pertama, Ex majikan saya ( kojo part time je dulu)  pengetua Tadika Nur Al Hidayah, saya panggil dia... "CER" ringkasan untuk " Teacher" suruh datang ke tadika, ada rancangan baikkk punya kata cer. Dulu dia ada offer dekat saya mahu saya jaga tadika cawangan dia. Kalau saya boleh pulangkan modal dia, then saya boleh jadi pemilik tadika tersebut. Em, tapi tak tahu la lagi apa yang hendak dia bincangkan besok. Kita tunggu besok pg ye.... Actually, saya sangat minat dan mahu buat bisnes. So saya rasa, ini mungkin peluang. Oh tak kesah la walaupun saya graduan UKM, then nak kerja kat tadika. Gaji ciput. saya tak kesah.... kalau satu hari nanti saya boleh bukak tadika sendiri, why not kan?????


Kedua, En Firdaus 1st time akan datang ke rumah. euuwwww. hahaha. Berkenalan dengan mak apak saya. Bukan lah dok nak cakap "Pakcik, makcik saya nak mintak restu pakcik makcik, Saya nak kawen dengan anak pakcik , makcik, restuilah kami...." Geli sangat.  hahahaha. Dah kata otak sedang ligat merancangkan. Sudah habis belajar, berani la jugak nak bawak si dia ke rumah. uhuk!! So then saya da sediakan menu-menu special untuk besok... rice+ chicken chop ala- ala kat secret recipe nuh....  Lets cookin for tomorrow!!


Then teringat masa 1st time saya jumpa ma abah dia dekat Jerantut dulu, early 2010. Laga lutut nuh!! ketaq sana sini....huuiii. takut, lagi seram dari tengok zombie kampung pisang. Coi. Awal pagi  dah tolong ma dia buat nasi lemak dekat dapur, then pakai kain batik dok malu-malu tersimpuh potoong bawang. Tangan dekat pinggang dok goreng sayur. Ha style tak style 1st time pergi umah bakal mak pak mentua sudah masuk dapur, dok menggonyoh pinggan mangkuk. Sebaik adik-adik dia semua perempuan. So join the club la. Saya masih teringat la pertanyaan abah dia dulu..


" Ni betol ke ayuz nak kawen dengan aus? Ayuz ijazah, Aus sijil je....." Muka Pak dia serius la.....urat-urat tekak den da bersimpul-simpul  sampai tak keluar suara da. "InsyaALLAH pakcik" Dok terasa macam saya laki dia perempuan pulak...kikiikikiki. Tu dulu la....lepas tu saya dah tak pergi dah melawat kampung dia, jaga la manis wanita, tak elok la selalu p umah orang laki. ^.^. Actually masa tu tak da la sampai plan nak kahwin, sebab saya masih belajar. Itu masa tahun 2010. Lama dah...


Sekarang ni, ye betol, kami sedang merancang nak mendirikan rumahtangga. Saya da habis belajar, berani la jugak nak bawak jumpa kat ma abah saya.. kerja pun InsyaALLAH ada. InsyaALLAH. Saya hanya mampu merancang. KepadaNYA jua saya serahkan segalanya..





Hari Terakhir di AELB

Assalamualaikum bloggy, 

Hari ni hari jumaat! Penghulu segala hari! Dan yang paling penting ini adalah hari terakhir untuk saya berjimba- jimba sebagai pelajar praktikal di AELB. AELB memang superb! Dapat belajar dengan pegawai-pegawai yang baik hati mencurah ilmu. Pegawai yang hensem. ngiok =__+. Hari ni sempat la saya bersalam- salam dengan akak2 opis..... 

"Eh, kejap je? da 3 bulan ye?" .. " la...da habis ke,? Kejap je kan"  Most reaction diorang macam tu. Ada gak, " wah, lawa jubah ko ea".. " Melawa hari ni dik, jubah mane beli???? ". Ok fullstop! Hahaha. anyway akak2, encik2 sini semua baik. Serius, tanpa ada niat membodek agar dapat diserapkan kerja terus kat sini. But, Honestly, NAK KERJA GAK KAT SINI!!!!.

Sepanjang 3 bulan duduk memerap dekat AELB berjaya jugak la saya menyiapkan projek yang diberi. Terasa macam jadi Consultant Lynas pulak. Coi. Berjaya la buat panduan pelaksanaan untuk pengguna/ pemegang lesen dalam uruskan sisa radioaktif. Alhamdulillah. Pegawai saya ( Encik Nik yg baik hati lagi kacak =__=) sporting sangat, " Takpe Husna, as long as awak siap kerja yang saya bagi, da cukup bagus." Dia tak check sangat pun. ahhahaha. Terima kasih banyak-banyak tuan- tuan dan puan-puan disini yang melayani saya dengan cukup baik. Hanya ALLAH yang akan memberi ganjaran terbaekk buat kamu-kamu semua. Ni terselit sekali pic- pic yang ado sepanjang khidmat saya yang tak berapa nak pandai ni.



Berangan. Teringin nak dapat jacket ni. Jangan tanya ni baju siapa. ahahahah. Pinjam yek tuan badan.


Best Freind di AELB, Miza. Dok Meja sebelah. Thanks dik sanggup teman akak g mane2. Sempat lagi janji nak jadi pengapit. =___=


Antara peg yang baik hati. 


HUH. menang pot luck raya no 3 sajo. 

Saya pun tak tahu kenapa saya uplod pic ni... ho. kawasan parking AELB. ahhaha

InsyaALLAH, lain masa jumpa lagi semua. Adios AELB

AELB: Atomic Energy Licensing Board/ Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Wednesday, September 19, 2012

Ma. Abah. Love.



Wahai mak bapak. Kalau hari ini anak- anak nampak agama itu kecil, menjadi tanggungjawab mak bapak jadikan ia nampak  besar. Besar sungguh tanggungjawab mak bapak dalam menentukan anak dia syurga atau tidak.

Adakah anak-anak yang beratur sekarang yang akan memandikan jenazah kita nanti??????  kalau belum pasti sila pastikan sekarang. Cuba bayangkan saat anak yang mengimamkan solat jenazah ibu atau ayah dia sendiri, dalam keadaan menangis-nangis mohon kepada Allah agar ibu atau ayahnya ditempatakan bersama orang Beriman. Adakah Allah akan menolak doa hamba tersebut? Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Mengasihani... Adakah doa itu akan ditolak?? Ini adalah antara bicara ustaz Don yang menarik hati saya. Sayu bila terkenang nasib diri sendiri. Walaupun masih belum berumah dan bertangga, hanya ada anak-anak buah yang berderet, tetapi saya terfikir, Saya tau tak solat jenazah???????? Fuh........ Bagaiamana nasib ibu ayah saya nanti.? Ya Allah mohon panjangkan umur kedua ibu bapa saya dalam mentaatiMU dan rasulMU. Tazkirah ini sangat superb. Renungan bersama.

Siapa kita? Di manakah kita? Wahai sahabat-sahabat semoga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, dan dapat mendidik anak-anak kita berjiwa Islam. InsyaALLAH. 






















Kahwin. Hang Serius????


Ini Belanja Kahwin saya dan Firdaus.Siyez ke ni..InsyaALLAH, hanya merancang. Fuh! jimat!!!!..... Janji tiada niat menunjuk. Hanya mahu kongsi kegembiraan dengan semua. Yang diharapkan adalah Redha dan Berkat Allah. Restu mak abah saya dan bakal mentua. ^.^

Teruja dengan cara perkahwinan uztaz Don yang perbanyakkan makanan sebagai dulang hantaran. Bukanlah barangan Brand2 macam orang selalu buat. JIMAT!!!! Sekuarang-kurangnya makanan tersebut boleh dikongsi dengan saudara mara. Maka kegembiraan tersebut dirai bersama. Dirasai bersama. Ok kan macam tu. Baranagan brand2 tu boleh beli lepas kahwin.

Yang paling penting adalah kehidupan selepas berkahwin.. Rumah? Barangan dalam Rumah? Kereta? kan.....InsyaALLAH. Doakan perjalanan saya dan Firdaus ye...

Cerita lanjut perkahwinan ustaz don & Husna. Semoga Bahagia dunia akhirat. amiiiin. http://fitrihadi.com/2012/08/fakta-perkahwinan-ustaz-don-daniyal-husna/

INTERVIEW KERJA.

Assalamualaikum bloggy.

Fuh!! Alhamdulillah akhirnya. Lagi dua hari maka tamatlah riwayat title saya sebagai pelajar UKM. Jumaat ni hari terakhir untuk Latihan Industri di AELB. Serius seronok LI dekat sini. Ok, sudah lama sangat la tak bercerita dekat sini. Tesis done with A-. Teruk la dapat A-, tapi saya bersyukur. Bukan senang tau nak buat tesis tu. Tak mengapa lah. at least berjaya jugak menghasilkn tesis aku sendiri. NOw Showing movie is sedang merancang kerja dan masa depan saya. Saya fresh grad. Tak nak Tak nak Tak Nak mengganggur. Fullstop!!

So apakah plan saya? Disebabkan internship Di AELB sangat sporting, saya dah pergi sebanyak dua interview dalam minggu terakhir ber praktikal ni. Semua kerja-kerja yang TAK DO kaitan. Tetapi saya nak kerja...

1) Teledirct (google) fuh gaji lebat, RM2300 basic. " Miss, this position quite pressure. You don't have any experience..n bla bla bla.... aku nak keje da.....ko bagi je la aku keje ni. =___=. Finally, tak dapat position ni. Tapi saya positif je. Kerja ni betol-betol dekat KL. SESAK. Saya adalah penunggang motor sejati. Saya Gadis. So bahaya. mungkin itu hikmahnya.......

2) HSBC bank. Telemarketing. Basic RM1800. Not bad. lebat gak. " You did'nt convince me to get this position n bla bla..bbrupp.... saya hilang semangat sekejap. Even saya da cerita saya ada penagalaman di Uni itu, ini. Saya pernah buat marketing masa nak pergi cultural visit di Vietnam dulu tu OK!!! But...... saya bukanlah calon terbaek untuk jawatan tersebut. I need to accept it. With Pleasure.

Lepas je saya pergi dua interview tersebut, saya dapat dua lagi interview besoknya. Kilang dua-dua jawatan sales excutive. basic RM1200. Saya fresh Grad Science Nuclear. Tapi suma interview pasal marketing. Sudah siap-siap nak pergi interview...tapi saya tiba-tiba termenung..........ada orang tawarkan saya kerja. Dah lama dia tawarkan. Tapi saya tolak sebab kerja tu gaji sikit.jadi Cikgu Tadika. 

" Ayuz kerja dengan Teacher setahun, amik pengalaman, lepas tu Ayuz jaga tadika cawangan Teacher dekat Pajam. Kalau Ayuz dapat pulangkan modal teacher balik. Tadika tu ayuz punya. Masa kerja dengan teacher, dapatkan kursus, dan lesen."

Saya termenung. Memang impian saya nak buat bisnes. Then setelah fikir-fikir, I should GRAB it!!! peluang tu... saya masih belum buat solat istikharah. Saya hanya mohon ALLAH kurniakan saya hidayah..jalan yang luas untuk saya.Saya mahu bayar hutang PTPTN. Saya mahu bagi mak abah saya duit. Saya Nak kahwin tahun depan. SO then... " Teacher Husna??? "










Friday, January 27, 2012

MULUT orang kan. TAk kuasa Nak zipkan...


Assalamualaikum to dear bloggy....

Aha....entri malam ini about EMOTION. TO BR STRONG and KEEP IT UP YOUR STRENGTH.
Pagi tadi dengan gigihnya saya merempit ke UKM untuk mengorak langkah pertama menyiapkan lab tesis . So langkah pertama ialah berbing semua prosedur untuk buat kerja makmal dengan Sai, senior master merangkap research asistant, R.A supervisor saya. 

Muka baru lah nak happy excited bila ada orang tolong kita sedaya upaya dia, time-time kita blur muka  macam 
                                              

SIPUT...
So bila ada orang nak tolong kita atas dasar amanah dan tanggunjawabnya, implikasinya saya jadi sangat terharu dan penuh semangat mahu menyiapkan kerja makmal saya, dengan jayanya. InsyALLAH. Bahagia kejap

                               

Sedang kami berbincang-bincang dengan penuh khusyuknya sambil gelak-gelak (tika itu kami sedang berada dalam bilik para R.A yang sedang sambung master or PhD ~~ oh siapalah saya)

Tiba-tiba saya nampak sorang bro sedang ber PhD menjenguk-jenguk kerja kami dan berkata, baik punya, 

" wah untung junior..goyang kaki...semua senior tolong,, aku dulu susah-susah..n bla bla bla bla......." saya pekak kan telinga, sigh~~~ muka kelat kejap

 then terus jadi macam ni 

    
semakin lama saya menatap muka bro tu saya rasakan seperti ini


OK, tak berapa pandai kawal emosi.

So what bro......??????? Okeh lupakan pasal kejadian itu yang saya tahu, and from positive side nya.....BE STRONG, itu baru sikit je kata-kata berbaur menyakitkan hati. Nak Hidup beginilah. Malas nak amik kisah dengan benda-benda yang boleh jadikan hati saya tak bahagia. BE STRONG and Be POSITIVE, dan sedar- sedar lah diri tu.. bila orang dan tolong banyak, hargai sebaik mungkin.... 

  
AND

Tuesday, January 24, 2012

Memandu kereta seperti game Beach Rally

ASSALAMUALAIKUM Dear blogyy... 

kereta idaman... tak nak kalah.......

OKEH umur 23 baru nak belajar pegang stereng kereta.....hahahaha.. bunyi macam agak teruk dan melampau ye. Orang lepas je tamat zaman SPM dah ada lesen kereta. Tapi bukan saya atau rakan-rakan baik setaman, sesekolah saya. So not too odd la kan tiba-tiba umur 23 baru la terhegeh-hegeh mintak belas kasihan kereta kak ipar 

" kak....>.<..........tulun ajar bawak kereta...."

"heheh.....no problem sis!! you are my sister kan!!"

Sebaik la badan dapat kak ipar yang sporting. Okeh petang tadi belajar pegang-pegang stereng. WOHA!!! nervous gak eh...ingat bawak kereta ni semudah yang disangka.. kaki, tangan, mata, telinga, kepala, hidung anak tekak semua kena alert. 

" Pusing habis stereng tuh, pastu cepat2 balas balik.....stereng jaga..." akak berkata-kata

"Alamak, ayuz ingatkan macam bawak kereta dalam GAME. Dalam game selalu je laggar divider, takpun sondol kereta depan...takpun macam go kart kat genting highland tuh.....syiok je lap tekan minyak ...bajet drift kan......" muka saya yang tidak serba salah





" Itu game...langgar tak mati pun, go kart body die ape??? ni kereta viva ngoooiiii......." abg saya di seat belakang berkata keras, membawa petanda dalam nada suaranya SILA BERHATI_HATI. KAMI BARU JER BERKAHWIN.bahahahah. Akak ipar dekat seat sebelah da tepok dahi.


Dalam hati, oh tak sama ye.........mana la tau, Tapi serius la, bila first time bawa kereta memang rasa macam main game beach rally dalam hp cabok saya tuh......


Pasni kalau da dapat lesen InsyaALLAH, parah lah....... jangan muka pakchek JPJ tu mcm muka game da ler...komfem....komfem saman. atau maut je. hu.

SEMESTER 5 . HATE AND LOVE




TERUSKAN USAHA! Berjalan tanpa henti, kalau penat rehat lah sebentar... kalau ngantuk, tidur lah ....kalau nampak mamak jual cendol tepi jalan tu, mai la pekena jap. Yang penting, perjalanan harus diteruskan sebab destinasi terakhir masih dalam pencarian. Ha, jangan lupa berhenti solat. >.<

Assalamualaikum dear all blogy...

>.< EXAM DA SELESAI... Alhamdulillah..ada yangdapat dijawab dengan penuh sukacita dan ada juga yang penuh dukacita berdarah airmata. sigh. Sudah ku cuba sehabis daya...namun masih mendukacitakan. Semester ni subjek semua saya layan jek...

Lab macam biasa. Kali ni enjoy sedikit sebab kak shida tak ada. oh jahat kau yus!!

Plus tesis pun masih dalam kemampuan INSYAALLAH!! 

Then workplace com pun tak heavy sangat sebab dapat lecturer yang sangat la sempoi mempoi.

PHOTOGRAPHY..da most heaven.huh..agak banyak ilmu yang saya dapat dari kelas ni, seronok.!!

NUCLEAR LAW. wo...lecturer law memang superb.  BRAVO to her, Dr SALAWATI. I love all the class from her because she teach us like teach her own self..and thats why la exam hari tu saya jawab semua bahagian dia sebab part yang dia ajar masyuk sket dalam Qolbu ni. hahaha

UJIAN TANPA MUSNAH 1. hm...even class clash dengan law, tap its okay. TQ prof Razak yang sporting still bagi saya dan rakan-rakan bermati-matian nak belajar ujian tanpa musnah. Nota2 semua perfect!! saya suka dan saya FAHAM. That most important when we are learning kan??? Bukan hafal berjela-jela nota yang tah hape-hape rumusnya tanpa memahami. TAPI FAHAM...walaupun notanya ciput miput jek.....hahah.    SO finally saya kagum dengan penggunaan bahan-bahan nuklear yang membantu dalam non destructive technique for our industry. uh skema.

RADIOEKOLOGI. syukur. paper ni paper paling bermakna. menjawap tanpa henti.

FIZIK NUKLEAR LANJUTAN. pergh. menangis jap. tapi okey jugak, time belajar dalam kelas ada la faham-faham sket. I love the way Prof  Shahidan ajar....sangat mengasihani pelajar-pelajarnya. Macam-macam note yang dia bagi....so saya pun agak struggle untuk paper ni. Memang la susah tetapi...bertawakal........

FIZIK REAKTOR. Superb nangis la kau Yus!!!

As conclusion untuk sem ini adalah.... never mind, let it go, most important is never give up kan... belajar sampai mati, Walaupun baru sem ni saya mulai sedar bertapa nikmat belajar dengan niat bukan untuk exam semata, tetapi untuk pengetahuan...memang nak tahu pasal perkara tersebut, ilmu, Lillahitaala... so buat research dekat sana sini walaupun hanya untuk faham sebaris ayat dalam nota kuliah yang lecturer bagi. SANGAT TQ DEAR PROF SALAWATI yang buka minda saya perkara ini. Saya mendoakan kebahagiaan dr. dan ahli keluarga sampai akhirat...murah rezeki dan dirahmati. Amiin YA RABB. Oh Tuhan, sudah tahun 3 baru sedar perkara ni. Melampau, leka sangat!!. 

Banyak perkara yang membuatkan saya agak tesedar semasa semester ke 5 ini...Love yourself first then You can love other....Yup semester ni lebih fokus, mungkin faktor umur yang sudah meningkat..hahaha. okei, BERUSAHA UNTUK SEMESTER TERAKHIR NANTI!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 17, 2012

"cOrAt-CoReT pErSaHaBaTaN"



Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yg lain biarpun tanpa bayangnya


kHaS bUaTmU....

giler tak!!!!
memori same t-shirt...


Dari teluk intan datang kemari,
Kawan semenyih berkongsi hati,
Iekin dan ayuzs macam selalu kelahi,
Tapi hanya hati masing-masing mengerti.


Teluk Intan Vs Semenyih
best frenz forever n ever....

tiada ungkapan yang dapat digambarkan melalui kata-kata...andai hati boleh mengungkapkan segala-galanya.(perggg ayat giler tak!!!).ok...strait 2 d point la.thanks you sebab sudi bagi ruang pada saya tuk jadi seorang sahabat tatkala susah...senang...gembira...sedih...n last yag paling bezzz n gempak ialah crazy brain(crazy but sometime naugty..)hahahah....

p/s : seriusly u are d best friend in my life...harap persahabatn kite akan disemai dan dibajai dengan kasih sayang untuk selama-lamanye.

"UkHwAh ItU iNdAh, BeRtEmU dAn BeRpIsAh KeRaNa AlLaH"



Seorang kawan mudah dilihat bersama ketika kita senang malah lebih dari seorang, Seorang kawan sukar dilihat bersama apabila susah malah terkadang tiada seorang

Thursday, January 12, 2012

Saya nak Couple dengan awak...



Di sebuah restoran TomYam Umph di pinggir Bandar Seremban kelihatan dua orang sahabat baik sedang duduk makan menikmati hidangan malam. Menu utama ialah TomYam Umph dan Jus Epal asam boi.

" Jijah.....saya nak beritahu awak sesuatu.....perkara penting" Johan memandang seraut wajah yang telah mengetuk pintu hatinya. Wanita itu tidak secantik ratu, namu hatinya yang mulia mengetuk pintu hatinya yang selama ini tertutup rapat.

"hm...apa dia Johan...macam berkaitan hidup mati je..suspen pula rasanya...." Jijah tersenyum separa manis separa kelat. Namun ayunya masih teserlah. Ayu gadis Melayu.

" Ehm...Johan nak Jijah jadi kekasih Johan.......kekash hati Johan buat selama-lamanya....Joahan cintakan Jijah.....Cinta sangat.." Johan memanah anak mata Jijah.

Jijah terkesima sebentar. Terasa kuah Tomyam yang dihirupnya mahu disemburkan ke muka Johan. Namun sempat juga dia menelannya. PAHIT.


" Johan jangan la main-main.....Jijah tak suka tau......." Jijah cuba mengendurkan keadaan yang agak serma-seram romantis tersebut. 

" Apa pula Johan main-main......Jijah nampak Johan tengah main apa?main Sodoku ke? Johon serius la Jijah..saya da kawan dengan awak sudah hampir setahun...saya dah kenal awak lama dah........kenapa? Jijah ada orang lain dah ke????? " Johan mengangkat kening Ziana Zain cuba menduga hati si gadis di depannya itu.

" hahaha....awak kata awak kenal saya...tapi awak masih tanya saya dah ada orang lain ke???" JIjah masih tekun dan tenang menghirup kuah TomYam Umph kegemarannya.

"Ok...sori....Johan tahu Jijah baik......Jijah bukanlah perempuan yang bebas pergaulannya....takpe la Jijah...Jijah fikirlah dulu.........Johan tak mahu paksa Jijah......" Johan bertindak gentleman.....

Jijah memandang tepat wajah Johan. Selama ini dia memang rapat dengan Johan sejak mereka berdua diterima sebagai pekerja pelatih seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan di syarikat OIL AND GAS tersebut. 


"Ok Johan... Johan baik....Johan bijak...saya suka kawan dengan Johan. Awak pandai silat..... saya suka. Awak hormati orang disekeliling awak...yang penting sekali awak hormat orang tua awak. Awak memang ada ciri-ciri suami yang baik. Solat awak cukup. Itu terbaik....sebagai khalifah di bumi untuk memimpin anak isteri awak kelak." Jijah berkata-kata yakin. Memilih perkataan terbaik untuk tidak mengecilakan hati di depannya. Jauh di sudut hatinya, YA MEMANG AKU SUKA KAU. Tetapi.....


"Johan...Joahn pernah bercintakan sebelum ni??" Jijah bertanya dengan raut wajah yang tenang.

" Ya....tapi itu kisah lama.....saya dah lama lupakan." Johan serius.

"Ya...johan pernah bercinta, saya pun pernah bercinta sebelum ni. Tengok apa hasilnya? Kita sama-sama kecewa akhirnya. Apa yang kita dapat Johan? Dosa sematakan......Malam bergayut, bersms, siang malam teringat...rindu la.....sayang bucuk-bucuk la..... semua itu dosa Johan. Zina mata, zina hati, zina telinga. Bercinta memang lah indah....tetapi bercinta tanpa haluan tiada faedah.Maksiat yang akn bawa kita kepada kemusnahan semata Johan." Jijah tersenyum manis mengharap lelaki itu faham.

"Jadi Jijah tidak percaya pada Cinta lagi????" 

"Saya masih percaya Cinta. Tetapi Cinta ALLAH yang jauh lebih indah. KIta tidak perlu nak declare kita bercinta. Nak keluar dating, bersms 24jam, bergayut malam-malam. Itu zaman dulu...sewaktu saya tidak mengenal hakikat cinta sebenar. Akhirnya saya lalai belajar....hilang fokus. Saya mendambakan Cinta Hakiki yang akan berikan saya cinta manusia yang cintakan DIA....." Jijah masih mengaharapkan Johan mengerti....

"Jijah suka saya ke?" Johan cuba mendapatkan kepastian yang lebih jitu.

Jijah berfikir sejenak. Cuba mencari bait-bait kata yang paling sesuai. " Jijah suka semua sahabat Jijah. dan Johan adalah sahabat Jijah yang paling memahami Jijah. Saya memang suka awak."

"Baik....saya dah faham sekarang. Memang betul la kata Jijah.....Bercinta tidak akan membawa kepada kebaikan. Saya akan berkerja kuat. InsyaAllah bila cukup duit saya, saya meminang Jijah....lagipun lepas ni Jijah nak sambung Master kan? Saya pun tak mahu mengganggu pelajaran Jijah." Johan tersenyum penuh harapan. Berdoa dalam hati hasratnya diberkati dan dimakbulkan Allah.

" InsyaAllah Johan....itu terbaik. Allah Maha Mengetahui keikhlasan kita...." Jijah turut berdoa dalam hatinya agar kiranya JOhan lah jodoh terbaikknya, makan dipermudahklan lah jalan. Bermohon agar mereka sama-sama dijauhi daripada maksiat dan dosa...... 

Saturday, January 7, 2012

NAK KURUS!! i need tips...

Assalamualaikum...dear bloggy

Wah saya rasakan perut saya semakin membesar dek lemak-lemak yang tak sepatutnya....sekarang ni bila tension dengan tesis mesti nak melantak makanan yang sedap2 tanpa mengira kalori yang di ambil...sering kali berlagak orang kaya...selera ko jah makan secret recipe..kek-kek berlemak tu...sighh~~ walaupun jeans lama masih muat tapi saya rasa saya perlu keep it slim....dengan tinggi 153  cm dan berat 58kg..wah sungguh tidak mesra alam..... 58 kag tu  kadang-kadang boleh naik hingga 60 kg...wah!! so permulaan dan sumber inspirasi untuk saya menurunkan berat badan saya..ini dia

So bermodal RM4 tidak sia-sia la saya mendapatkan info yang sangat berguna untuk menurunkan berat badan. Siap dapat link-link blog khas untuk keep it slim....SANGAT SUKA >.<.http://allwomenstalk.com/  banyak info yng superb la dekat web ni.

Okeh..antara tips-tips yang saya da korek-korek ialah:

1) MASAK SENDIRI
okeh dengan masak sendiri kita boleh bajet sendiri JENIS MASAKAN..yang kurang oily..more vegie and more protein. lebih baik dari beli dekat cafe UO..hahaha.....

2) KUANTITI MAKANAN
da kenyang reti-reti la stop bong....kuantiti biar la berpatutan...guna teori mickey mouse from herba life (ni course mate yg bagitahu nih) nasi dan lauk ibarat dua telinga mickey dan muka besar mickey mouse tu kuantiti sayur dan buah...hm..sangat healthy kan.....

3) MAKANAN SIHAT
Kita perlu tahu makanan yang kita ambil tu sihat atau tak....tapikan kadang-kadang kalau datang selera hantu raya tu......tibai je...hahaha...so sabarkan lah nafsu hantu raya tu ye bong....contohnya kentang goreng..nampak simple dan tak mengenyangkan..tetapi sangat la tinggi kalorinya...please avoid it MISS.
MAKAN IKUT PIRAMID NAK KURUS NI OK
4) FIBER
Antara kepentingan fiber ialah bagus untuk sistem penghadaman...cepat u'uk senang cakap...so kadar metabolisma akan meningkat....saya suka tang ni sebab sekarang memang saya sedang mengamalkan satu biskut tinggi fiber....
 
BERGUNA NI
5) PROTEIN
Jangan tinggalkan sumber protein kerana ia membantu menyembuhkan otot selepas bersenam,mencantikkan kulit, rambut dan kuku. 
JANGAN INGAT MAKAN IKAN, AYAM, DAGING JE  SUMBER PROTEIN...KEKACANG SEPERTI SOYA PUN TERMASUK JUGA
6) SALAD
Nak kurus cepat banyakkan makan salad. Kurang kalori  dan nutrisi yang sangat tinggi

7) JANGAN KEBULUR
Sesekali jangan tidak makan langsung.Anda akan kebulur dan meletakkan diri nada dalam situasi 'terseksa jiwa raga". Anda takkandapat kurus dengan tindakan bodoh ini kerana anda akan kembali jadi hantu raya setrelah tidak makan 2 3 minggu...erkk?da mati kot.....Anda cuma perlu kurangkan kuantiti dan makan makanan berkhasiat.......
8) MAKAN 5 HIDANGAN SEHARI BERBANDING 3 HIDANGAN YANG BERAT SEHARI.
Dada ayam yang dipanggang dan salad atau telur rebus adalah sangat bagus untuk kesihatan. Lebih kerap anda ambil makanan berkhasiat maka kelaparan dapat dikurangkan.
SELERA PUN SELERA...BERKHASIAT  LAGI TU
9) KATA YA KEPADA SARAPAN.
oh Jangan la tinggalkan sarapan. Anggaplah ianya sama penting dengan oksigen. Semangkuk oatmeal adalah sarapan yang terbaik dan sekiranya masih lapar boleh lah tambahkan telur rebus untuk memberi tenaga kepada tubuh kita.
OAT MEMANG TAK SEDAP..TAPI KALAU DITAMBAH KISMIS MACAM NI..SEDAP BONG!
10) BERSENAM DAN BERSENAM
kalori perlu dibakar walaupun hanya berjalan, naik tutun tangga.......
OK saya akan cuba mengamalkan diet yang sihat untuk menurunkan berat badan saya agar saya mampu menjadi seperti mereka..


hahhahah...tak nak kalah ko bong.......kagum dengan mereka nih...wanita bekerjaya, CANTIK, dan badan masih terjaga cantik walaupun sudah berbaby.......harap-harap bila saya dan kahwin dan mempunyai baby nanti saya pun mampu jadi macam mereka...amiin..ok next time kita kongsikan lagi info berguna untuk menjadi kurus....tetapi apa yang penting kecantikan hati sebenarnya..kurus bukan semata nak cantik tapi nak SIHAT....macam nenek saya yang berumur 79 tahun masih tegap sihat walafiat...yang pasti makanan ruji dia adalah nasi dan ikanmasak asam...no KFC,MC D, PIZZA HUT...ho.......peringatan untuk diri sendiri sebenarnya...