Friday, January 27, 2012

MULUT orang kan. TAk kuasa Nak zipkan...


Assalamualaikum to dear bloggy....

Aha....entri malam ini about EMOTION. TO BR STRONG and KEEP IT UP YOUR STRENGTH.
Pagi tadi dengan gigihnya saya merempit ke UKM untuk mengorak langkah pertama menyiapkan lab tesis . So langkah pertama ialah berbing semua prosedur untuk buat kerja makmal dengan Sai, senior master merangkap research asistant, R.A supervisor saya. 

Muka baru lah nak happy excited bila ada orang tolong kita sedaya upaya dia, time-time kita blur muka  macam 
                                              

SIPUT...
So bila ada orang nak tolong kita atas dasar amanah dan tanggunjawabnya, implikasinya saya jadi sangat terharu dan penuh semangat mahu menyiapkan kerja makmal saya, dengan jayanya. InsyALLAH. Bahagia kejap

                               

Sedang kami berbincang-bincang dengan penuh khusyuknya sambil gelak-gelak (tika itu kami sedang berada dalam bilik para R.A yang sedang sambung master or PhD ~~ oh siapalah saya)

Tiba-tiba saya nampak sorang bro sedang ber PhD menjenguk-jenguk kerja kami dan berkata, baik punya, 

" wah untung junior..goyang kaki...semua senior tolong,, aku dulu susah-susah..n bla bla bla bla......." saya pekak kan telinga, sigh~~~ muka kelat kejap

 then terus jadi macam ni 

    
semakin lama saya menatap muka bro tu saya rasakan seperti ini


OK, tak berapa pandai kawal emosi.

So what bro......??????? Okeh lupakan pasal kejadian itu yang saya tahu, and from positive side nya.....BE STRONG, itu baru sikit je kata-kata berbaur menyakitkan hati. Nak Hidup beginilah. Malas nak amik kisah dengan benda-benda yang boleh jadikan hati saya tak bahagia. BE STRONG and Be POSITIVE, dan sedar- sedar lah diri tu.. bila orang dan tolong banyak, hargai sebaik mungkin.... 

  
AND

Tuesday, January 24, 2012

Memandu kereta seperti game Beach Rally

ASSALAMUALAIKUM Dear blogyy... 

kereta idaman... tak nak kalah.......

OKEH umur 23 baru nak belajar pegang stereng kereta.....hahahaha.. bunyi macam agak teruk dan melampau ye. Orang lepas je tamat zaman SPM dah ada lesen kereta. Tapi bukan saya atau rakan-rakan baik setaman, sesekolah saya. So not too odd la kan tiba-tiba umur 23 baru la terhegeh-hegeh mintak belas kasihan kereta kak ipar 

" kak....>.<..........tulun ajar bawak kereta...."

"heheh.....no problem sis!! you are my sister kan!!"

Sebaik la badan dapat kak ipar yang sporting. Okeh petang tadi belajar pegang-pegang stereng. WOHA!!! nervous gak eh...ingat bawak kereta ni semudah yang disangka.. kaki, tangan, mata, telinga, kepala, hidung anak tekak semua kena alert. 

" Pusing habis stereng tuh, pastu cepat2 balas balik.....stereng jaga..." akak berkata-kata

"Alamak, ayuz ingatkan macam bawak kereta dalam GAME. Dalam game selalu je laggar divider, takpun sondol kereta depan...takpun macam go kart kat genting highland tuh.....syiok je lap tekan minyak ...bajet drift kan......" muka saya yang tidak serba salah





" Itu game...langgar tak mati pun, go kart body die ape??? ni kereta viva ngoooiiii......." abg saya di seat belakang berkata keras, membawa petanda dalam nada suaranya SILA BERHATI_HATI. KAMI BARU JER BERKAHWIN.bahahahah. Akak ipar dekat seat sebelah da tepok dahi.


Dalam hati, oh tak sama ye.........mana la tau, Tapi serius la, bila first time bawa kereta memang rasa macam main game beach rally dalam hp cabok saya tuh......


Pasni kalau da dapat lesen InsyaALLAH, parah lah....... jangan muka pakchek JPJ tu mcm muka game da ler...komfem....komfem saman. atau maut je. hu.

SEMESTER 5 . HATE AND LOVE




TERUSKAN USAHA! Berjalan tanpa henti, kalau penat rehat lah sebentar... kalau ngantuk, tidur lah ....kalau nampak mamak jual cendol tepi jalan tu, mai la pekena jap. Yang penting, perjalanan harus diteruskan sebab destinasi terakhir masih dalam pencarian. Ha, jangan lupa berhenti solat. >.<

Assalamualaikum dear all blogy...

>.< EXAM DA SELESAI... Alhamdulillah..ada yangdapat dijawab dengan penuh sukacita dan ada juga yang penuh dukacita berdarah airmata. sigh. Sudah ku cuba sehabis daya...namun masih mendukacitakan. Semester ni subjek semua saya layan jek...

Lab macam biasa. Kali ni enjoy sedikit sebab kak shida tak ada. oh jahat kau yus!!

Plus tesis pun masih dalam kemampuan INSYAALLAH!! 

Then workplace com pun tak heavy sangat sebab dapat lecturer yang sangat la sempoi mempoi.

PHOTOGRAPHY..da most heaven.huh..agak banyak ilmu yang saya dapat dari kelas ni, seronok.!!

NUCLEAR LAW. wo...lecturer law memang superb.  BRAVO to her, Dr SALAWATI. I love all the class from her because she teach us like teach her own self..and thats why la exam hari tu saya jawab semua bahagian dia sebab part yang dia ajar masyuk sket dalam Qolbu ni. hahaha

UJIAN TANPA MUSNAH 1. hm...even class clash dengan law, tap its okay. TQ prof Razak yang sporting still bagi saya dan rakan-rakan bermati-matian nak belajar ujian tanpa musnah. Nota2 semua perfect!! saya suka dan saya FAHAM. That most important when we are learning kan??? Bukan hafal berjela-jela nota yang tah hape-hape rumusnya tanpa memahami. TAPI FAHAM...walaupun notanya ciput miput jek.....hahah.    SO finally saya kagum dengan penggunaan bahan-bahan nuklear yang membantu dalam non destructive technique for our industry. uh skema.

RADIOEKOLOGI. syukur. paper ni paper paling bermakna. menjawap tanpa henti.

FIZIK NUKLEAR LANJUTAN. pergh. menangis jap. tapi okey jugak, time belajar dalam kelas ada la faham-faham sket. I love the way Prof  Shahidan ajar....sangat mengasihani pelajar-pelajarnya. Macam-macam note yang dia bagi....so saya pun agak struggle untuk paper ni. Memang la susah tetapi...bertawakal........

FIZIK REAKTOR. Superb nangis la kau Yus!!!

As conclusion untuk sem ini adalah.... never mind, let it go, most important is never give up kan... belajar sampai mati, Walaupun baru sem ni saya mulai sedar bertapa nikmat belajar dengan niat bukan untuk exam semata, tetapi untuk pengetahuan...memang nak tahu pasal perkara tersebut, ilmu, Lillahitaala... so buat research dekat sana sini walaupun hanya untuk faham sebaris ayat dalam nota kuliah yang lecturer bagi. SANGAT TQ DEAR PROF SALAWATI yang buka minda saya perkara ini. Saya mendoakan kebahagiaan dr. dan ahli keluarga sampai akhirat...murah rezeki dan dirahmati. Amiin YA RABB. Oh Tuhan, sudah tahun 3 baru sedar perkara ni. Melampau, leka sangat!!. 

Banyak perkara yang membuatkan saya agak tesedar semasa semester ke 5 ini...Love yourself first then You can love other....Yup semester ni lebih fokus, mungkin faktor umur yang sudah meningkat..hahaha. okei, BERUSAHA UNTUK SEMESTER TERAKHIR NANTI!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 17, 2012

"cOrAt-CoReT pErSaHaBaTaN"



Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yg lain biarpun tanpa bayangnya


kHaS bUaTmU....

giler tak!!!!
memori same t-shirt...


Dari teluk intan datang kemari,
Kawan semenyih berkongsi hati,
Iekin dan ayuzs macam selalu kelahi,
Tapi hanya hati masing-masing mengerti.


Teluk Intan Vs Semenyih
best frenz forever n ever....

tiada ungkapan yang dapat digambarkan melalui kata-kata...andai hati boleh mengungkapkan segala-galanya.(perggg ayat giler tak!!!).ok...strait 2 d point la.thanks you sebab sudi bagi ruang pada saya tuk jadi seorang sahabat tatkala susah...senang...gembira...sedih...n last yag paling bezzz n gempak ialah crazy brain(crazy but sometime naugty..)hahahah....

p/s : seriusly u are d best friend in my life...harap persahabatn kite akan disemai dan dibajai dengan kasih sayang untuk selama-lamanye.

"UkHwAh ItU iNdAh, BeRtEmU dAn BeRpIsAh KeRaNa AlLaH"



Seorang kawan mudah dilihat bersama ketika kita senang malah lebih dari seorang, Seorang kawan sukar dilihat bersama apabila susah malah terkadang tiada seorang

Thursday, January 12, 2012

Saya nak Couple dengan awak...



Di sebuah restoran TomYam Umph di pinggir Bandar Seremban kelihatan dua orang sahabat baik sedang duduk makan menikmati hidangan malam. Menu utama ialah TomYam Umph dan Jus Epal asam boi.

" Jijah.....saya nak beritahu awak sesuatu.....perkara penting" Johan memandang seraut wajah yang telah mengetuk pintu hatinya. Wanita itu tidak secantik ratu, namu hatinya yang mulia mengetuk pintu hatinya yang selama ini tertutup rapat.

"hm...apa dia Johan...macam berkaitan hidup mati je..suspen pula rasanya...." Jijah tersenyum separa manis separa kelat. Namun ayunya masih teserlah. Ayu gadis Melayu.

" Ehm...Johan nak Jijah jadi kekasih Johan.......kekash hati Johan buat selama-lamanya....Joahan cintakan Jijah.....Cinta sangat.." Johan memanah anak mata Jijah.

Jijah terkesima sebentar. Terasa kuah Tomyam yang dihirupnya mahu disemburkan ke muka Johan. Namun sempat juga dia menelannya. PAHIT.


" Johan jangan la main-main.....Jijah tak suka tau......." Jijah cuba mengendurkan keadaan yang agak serma-seram romantis tersebut. 

" Apa pula Johan main-main......Jijah nampak Johan tengah main apa?main Sodoku ke? Johon serius la Jijah..saya da kawan dengan awak sudah hampir setahun...saya dah kenal awak lama dah........kenapa? Jijah ada orang lain dah ke????? " Johan mengangkat kening Ziana Zain cuba menduga hati si gadis di depannya itu.

" hahaha....awak kata awak kenal saya...tapi awak masih tanya saya dah ada orang lain ke???" JIjah masih tekun dan tenang menghirup kuah TomYam Umph kegemarannya.

"Ok...sori....Johan tahu Jijah baik......Jijah bukanlah perempuan yang bebas pergaulannya....takpe la Jijah...Jijah fikirlah dulu.........Johan tak mahu paksa Jijah......" Johan bertindak gentleman.....

Jijah memandang tepat wajah Johan. Selama ini dia memang rapat dengan Johan sejak mereka berdua diterima sebagai pekerja pelatih seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan di syarikat OIL AND GAS tersebut. 


"Ok Johan... Johan baik....Johan bijak...saya suka kawan dengan Johan. Awak pandai silat..... saya suka. Awak hormati orang disekeliling awak...yang penting sekali awak hormat orang tua awak. Awak memang ada ciri-ciri suami yang baik. Solat awak cukup. Itu terbaik....sebagai khalifah di bumi untuk memimpin anak isteri awak kelak." Jijah berkata-kata yakin. Memilih perkataan terbaik untuk tidak mengecilakan hati di depannya. Jauh di sudut hatinya, YA MEMANG AKU SUKA KAU. Tetapi.....


"Johan...Joahn pernah bercintakan sebelum ni??" Jijah bertanya dengan raut wajah yang tenang.

" Ya....tapi itu kisah lama.....saya dah lama lupakan." Johan serius.

"Ya...johan pernah bercinta, saya pun pernah bercinta sebelum ni. Tengok apa hasilnya? Kita sama-sama kecewa akhirnya. Apa yang kita dapat Johan? Dosa sematakan......Malam bergayut, bersms, siang malam teringat...rindu la.....sayang bucuk-bucuk la..... semua itu dosa Johan. Zina mata, zina hati, zina telinga. Bercinta memang lah indah....tetapi bercinta tanpa haluan tiada faedah.Maksiat yang akn bawa kita kepada kemusnahan semata Johan." Jijah tersenyum manis mengharap lelaki itu faham.

"Jadi Jijah tidak percaya pada Cinta lagi????" 

"Saya masih percaya Cinta. Tetapi Cinta ALLAH yang jauh lebih indah. KIta tidak perlu nak declare kita bercinta. Nak keluar dating, bersms 24jam, bergayut malam-malam. Itu zaman dulu...sewaktu saya tidak mengenal hakikat cinta sebenar. Akhirnya saya lalai belajar....hilang fokus. Saya mendambakan Cinta Hakiki yang akan berikan saya cinta manusia yang cintakan DIA....." Jijah masih mengaharapkan Johan mengerti....

"Jijah suka saya ke?" Johan cuba mendapatkan kepastian yang lebih jitu.

Jijah berfikir sejenak. Cuba mencari bait-bait kata yang paling sesuai. " Jijah suka semua sahabat Jijah. dan Johan adalah sahabat Jijah yang paling memahami Jijah. Saya memang suka awak."

"Baik....saya dah faham sekarang. Memang betul la kata Jijah.....Bercinta tidak akan membawa kepada kebaikan. Saya akan berkerja kuat. InsyaAllah bila cukup duit saya, saya meminang Jijah....lagipun lepas ni Jijah nak sambung Master kan? Saya pun tak mahu mengganggu pelajaran Jijah." Johan tersenyum penuh harapan. Berdoa dalam hati hasratnya diberkati dan dimakbulkan Allah.

" InsyaAllah Johan....itu terbaik. Allah Maha Mengetahui keikhlasan kita...." Jijah turut berdoa dalam hatinya agar kiranya JOhan lah jodoh terbaikknya, makan dipermudahklan lah jalan. Bermohon agar mereka sama-sama dijauhi daripada maksiat dan dosa...... 

Saturday, January 7, 2012

NAK KURUS!! i need tips...

Assalamualaikum...dear bloggy

Wah saya rasakan perut saya semakin membesar dek lemak-lemak yang tak sepatutnya....sekarang ni bila tension dengan tesis mesti nak melantak makanan yang sedap2 tanpa mengira kalori yang di ambil...sering kali berlagak orang kaya...selera ko jah makan secret recipe..kek-kek berlemak tu...sighh~~ walaupun jeans lama masih muat tapi saya rasa saya perlu keep it slim....dengan tinggi 153  cm dan berat 58kg..wah sungguh tidak mesra alam..... 58 kag tu  kadang-kadang boleh naik hingga 60 kg...wah!! so permulaan dan sumber inspirasi untuk saya menurunkan berat badan saya..ini dia

So bermodal RM4 tidak sia-sia la saya mendapatkan info yang sangat berguna untuk menurunkan berat badan. Siap dapat link-link blog khas untuk keep it slim....SANGAT SUKA >.<.http://allwomenstalk.com/  banyak info yng superb la dekat web ni.

Okeh..antara tips-tips yang saya da korek-korek ialah:

1) MASAK SENDIRI
okeh dengan masak sendiri kita boleh bajet sendiri JENIS MASAKAN..yang kurang oily..more vegie and more protein. lebih baik dari beli dekat cafe UO..hahaha.....

2) KUANTITI MAKANAN
da kenyang reti-reti la stop bong....kuantiti biar la berpatutan...guna teori mickey mouse from herba life (ni course mate yg bagitahu nih) nasi dan lauk ibarat dua telinga mickey dan muka besar mickey mouse tu kuantiti sayur dan buah...hm..sangat healthy kan.....

3) MAKANAN SIHAT
Kita perlu tahu makanan yang kita ambil tu sihat atau tak....tapikan kadang-kadang kalau datang selera hantu raya tu......tibai je...hahaha...so sabarkan lah nafsu hantu raya tu ye bong....contohnya kentang goreng..nampak simple dan tak mengenyangkan..tetapi sangat la tinggi kalorinya...please avoid it MISS.
MAKAN IKUT PIRAMID NAK KURUS NI OK
4) FIBER
Antara kepentingan fiber ialah bagus untuk sistem penghadaman...cepat u'uk senang cakap...so kadar metabolisma akan meningkat....saya suka tang ni sebab sekarang memang saya sedang mengamalkan satu biskut tinggi fiber....
 
BERGUNA NI
5) PROTEIN
Jangan tinggalkan sumber protein kerana ia membantu menyembuhkan otot selepas bersenam,mencantikkan kulit, rambut dan kuku. 
JANGAN INGAT MAKAN IKAN, AYAM, DAGING JE  SUMBER PROTEIN...KEKACANG SEPERTI SOYA PUN TERMASUK JUGA
6) SALAD
Nak kurus cepat banyakkan makan salad. Kurang kalori  dan nutrisi yang sangat tinggi

7) JANGAN KEBULUR
Sesekali jangan tidak makan langsung.Anda akan kebulur dan meletakkan diri nada dalam situasi 'terseksa jiwa raga". Anda takkandapat kurus dengan tindakan bodoh ini kerana anda akan kembali jadi hantu raya setrelah tidak makan 2 3 minggu...erkk?da mati kot.....Anda cuma perlu kurangkan kuantiti dan makan makanan berkhasiat.......
8) MAKAN 5 HIDANGAN SEHARI BERBANDING 3 HIDANGAN YANG BERAT SEHARI.
Dada ayam yang dipanggang dan salad atau telur rebus adalah sangat bagus untuk kesihatan. Lebih kerap anda ambil makanan berkhasiat maka kelaparan dapat dikurangkan.
SELERA PUN SELERA...BERKHASIAT  LAGI TU
9) KATA YA KEPADA SARAPAN.
oh Jangan la tinggalkan sarapan. Anggaplah ianya sama penting dengan oksigen. Semangkuk oatmeal adalah sarapan yang terbaik dan sekiranya masih lapar boleh lah tambahkan telur rebus untuk memberi tenaga kepada tubuh kita.
OAT MEMANG TAK SEDAP..TAPI KALAU DITAMBAH KISMIS MACAM NI..SEDAP BONG!
10) BERSENAM DAN BERSENAM
kalori perlu dibakar walaupun hanya berjalan, naik tutun tangga.......
OK saya akan cuba mengamalkan diet yang sihat untuk menurunkan berat badan saya agar saya mampu menjadi seperti mereka..


hahhahah...tak nak kalah ko bong.......kagum dengan mereka nih...wanita bekerjaya, CANTIK, dan badan masih terjaga cantik walaupun sudah berbaby.......harap-harap bila saya dan kahwin dan mempunyai baby nanti saya pun mampu jadi macam mereka...amiin..ok next time kita kongsikan lagi info berguna untuk menjadi kurus....tetapi apa yang penting kecantikan hati sebenarnya..kurus bukan semata nak cantik tapi nak SIHAT....macam nenek saya yang berumur 79 tahun masih tegap sihat walafiat...yang pasti makanan ruji dia adalah nasi dan ikanmasak asam...no KFC,MC D, PIZZA HUT...ho.......peringatan untuk diri sendiri sebenarnya...