Sunday, December 2, 2012

Ramai Yang Nikah Disember ni =__=

Salam blogy...

Ahha!!! Sudah berakir episod cat mengecat tadika... Sekarang adalah cerita, Kursus Tadika KSPK di Hotel Oriental Crystal Kajang yang memang superb. Banyak sangat ilmu yang dapat. Hati semakin jatuh cinta dengan bidang ni. Seriusly.  Tapi  mak pernah pesan dengan saya.....

" Jangan terlalu beria dengan impian kita, kalo tak jadi nanti, frust menonggeng... Buat yang terbaik, berusaha sehabis daya, Doalah kepada DIA. Mak doakan...... "


Robbi Yassir Walatua'ssir..  Allah permudahkan jalan ku Ya ALLAH... 

Dulu saya sangat malas nak amalkan ayat ni, tapi minggu lepas dalam slot kursus, ada sorang penceramah ni telah menyuntikkan sejenis vitamin dalam hati untuk mengamalkan ayat ni, 
" Eh betul la... ayat  ni memang mujarab kalau kita ada apa- apa masalah, tak jumpa parking ke, duit hilang ke, mesti Allah bagi penyelesaian. " Then berdezuppp la dalam hati saya...... Oh ye...mesti amalkan!!

Maklum la, sekarang ni otak saya  tak berhenti henti berfikir, merancang... nak kumpul duit la, nak cari kerja part time la, nak sambung master, nak bukak tadika, nak kawen.. sampai la mak saya jadi stress! ahhahhaha, sebab dia jadi tempat saya mengadu setiap episod dalam hidup ni.

Kursus Tadika ni memang sangat menyeronokkan. semua tak lokek ilmu, tak kira bangsa cina, india, Melayu. Yang syoknye, kelas saya ramai pengetua tadika.. Banyak wo dapat ilmu. terimakasih puan pengetua Tadika Bijak Muslim, Bandar Rinching Semenyih Puan Zaiton yang menghantar saya ke kursus ni.

Semasa kursus ni, ada la pulak terfikir saya nak sambung master dalam bidang pendidikan kanak- kanak, cuma tak tahu hendak amik di OUM, atau IPTA je....then dok cerita dengan Firdaus, tiba- tiba dia pun kata nak sambung belajar 2 tahun. Stress kerja katanya.... warggh!!!!!!!!! Pakcik! saya mahu kawen....... =__=

Lagi - lagi bila satu-satu kawan saya melangsungkan majlis...... wahaahahha... tipu la kalau x jeles kan...walaupun saya baru 23 tahun, tapi...... fuh!! gatal sangat da sekarang ni.

OPSS!! Nope at all! Bukan gatal jadi isu... The main issue right now is, I wanna a new life with him..new surrounding..."

Bila saya mengadu dekat Firdaus yang kawan- kawan saya ramai buat majlis Bulan Disember 2012 ni, dengan lagak Tok imam nya, die menjawab... " Jangan pandang rezeki orang....... Itu rezeki diorang, rezeki kita Allah je yang tahu..." Ok,  saya terus jadi cool macam cool blog.

Yang mampu dilakukan sekarang  ialah, jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, walaupun saya sekarang hanya penunggang motorsikal EX5, dan berkerja dengan gaji yang biasa- biasa je... dan si pakcik firdaus pun hanya bermotor LC colour merah juga bergaji biasa- biasa je......

TAPI TIDAK MUSTAHIL UNTUK KAMI MEMILIKI HONDA CIVIC DAN RUMAH BESAR satu hari nanti......... janji jangan putus asa, usaha kena gigih!! buat perancangan terbaik... Berdoa kepada ALLAH.