Thursday, January 12, 2012

Saya nak Couple dengan awak...



Di sebuah restoran TomYam Umph di pinggir Bandar Seremban kelihatan dua orang sahabat baik sedang duduk makan menikmati hidangan malam. Menu utama ialah TomYam Umph dan Jus Epal asam boi.

" Jijah.....saya nak beritahu awak sesuatu.....perkara penting" Johan memandang seraut wajah yang telah mengetuk pintu hatinya. Wanita itu tidak secantik ratu, namu hatinya yang mulia mengetuk pintu hatinya yang selama ini tertutup rapat.

"hm...apa dia Johan...macam berkaitan hidup mati je..suspen pula rasanya...." Jijah tersenyum separa manis separa kelat. Namun ayunya masih teserlah. Ayu gadis Melayu.

" Ehm...Johan nak Jijah jadi kekasih Johan.......kekash hati Johan buat selama-lamanya....Joahan cintakan Jijah.....Cinta sangat.." Johan memanah anak mata Jijah.

Jijah terkesima sebentar. Terasa kuah Tomyam yang dihirupnya mahu disemburkan ke muka Johan. Namun sempat juga dia menelannya. PAHIT.


" Johan jangan la main-main.....Jijah tak suka tau......." Jijah cuba mengendurkan keadaan yang agak serma-seram romantis tersebut. 

" Apa pula Johan main-main......Jijah nampak Johan tengah main apa?main Sodoku ke? Johon serius la Jijah..saya da kawan dengan awak sudah hampir setahun...saya dah kenal awak lama dah........kenapa? Jijah ada orang lain dah ke????? " Johan mengangkat kening Ziana Zain cuba menduga hati si gadis di depannya itu.

" hahaha....awak kata awak kenal saya...tapi awak masih tanya saya dah ada orang lain ke???" JIjah masih tekun dan tenang menghirup kuah TomYam Umph kegemarannya.

"Ok...sori....Johan tahu Jijah baik......Jijah bukanlah perempuan yang bebas pergaulannya....takpe la Jijah...Jijah fikirlah dulu.........Johan tak mahu paksa Jijah......" Johan bertindak gentleman.....

Jijah memandang tepat wajah Johan. Selama ini dia memang rapat dengan Johan sejak mereka berdua diterima sebagai pekerja pelatih seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan di syarikat OIL AND GAS tersebut. 


"Ok Johan... Johan baik....Johan bijak...saya suka kawan dengan Johan. Awak pandai silat..... saya suka. Awak hormati orang disekeliling awak...yang penting sekali awak hormat orang tua awak. Awak memang ada ciri-ciri suami yang baik. Solat awak cukup. Itu terbaik....sebagai khalifah di bumi untuk memimpin anak isteri awak kelak." Jijah berkata-kata yakin. Memilih perkataan terbaik untuk tidak mengecilakan hati di depannya. Jauh di sudut hatinya, YA MEMANG AKU SUKA KAU. Tetapi.....


"Johan...Joahn pernah bercintakan sebelum ni??" Jijah bertanya dengan raut wajah yang tenang.

" Ya....tapi itu kisah lama.....saya dah lama lupakan." Johan serius.

"Ya...johan pernah bercinta, saya pun pernah bercinta sebelum ni. Tengok apa hasilnya? Kita sama-sama kecewa akhirnya. Apa yang kita dapat Johan? Dosa sematakan......Malam bergayut, bersms, siang malam teringat...rindu la.....sayang bucuk-bucuk la..... semua itu dosa Johan. Zina mata, zina hati, zina telinga. Bercinta memang lah indah....tetapi bercinta tanpa haluan tiada faedah.Maksiat yang akn bawa kita kepada kemusnahan semata Johan." Jijah tersenyum manis mengharap lelaki itu faham.

"Jadi Jijah tidak percaya pada Cinta lagi????" 

"Saya masih percaya Cinta. Tetapi Cinta ALLAH yang jauh lebih indah. KIta tidak perlu nak declare kita bercinta. Nak keluar dating, bersms 24jam, bergayut malam-malam. Itu zaman dulu...sewaktu saya tidak mengenal hakikat cinta sebenar. Akhirnya saya lalai belajar....hilang fokus. Saya mendambakan Cinta Hakiki yang akan berikan saya cinta manusia yang cintakan DIA....." Jijah masih mengaharapkan Johan mengerti....

"Jijah suka saya ke?" Johan cuba mendapatkan kepastian yang lebih jitu.

Jijah berfikir sejenak. Cuba mencari bait-bait kata yang paling sesuai. " Jijah suka semua sahabat Jijah. dan Johan adalah sahabat Jijah yang paling memahami Jijah. Saya memang suka awak."

"Baik....saya dah faham sekarang. Memang betul la kata Jijah.....Bercinta tidak akan membawa kepada kebaikan. Saya akan berkerja kuat. InsyaAllah bila cukup duit saya, saya meminang Jijah....lagipun lepas ni Jijah nak sambung Master kan? Saya pun tak mahu mengganggu pelajaran Jijah." Johan tersenyum penuh harapan. Berdoa dalam hati hasratnya diberkati dan dimakbulkan Allah.

" InsyaAllah Johan....itu terbaik. Allah Maha Mengetahui keikhlasan kita...." Jijah turut berdoa dalam hatinya agar kiranya JOhan lah jodoh terbaikknya, makan dipermudahklan lah jalan. Bermohon agar mereka sama-sama dijauhi daripada maksiat dan dosa...... 

No comments:

Post a Comment