Saturday, January 7, 2012

NAK KURUS!! i need tips...

Assalamualaikum...dear bloggy

Wah saya rasakan perut saya semakin membesar dek lemak-lemak yang tak sepatutnya....sekarang ni bila tension dengan tesis mesti nak melantak makanan yang sedap2 tanpa mengira kalori yang di ambil...sering kali berlagak orang kaya...selera ko jah makan secret recipe..kek-kek berlemak tu...sighh~~ walaupun jeans lama masih muat tapi saya rasa saya perlu keep it slim....dengan tinggi 153  cm dan berat 58kg..wah sungguh tidak mesra alam..... 58 kag tu  kadang-kadang boleh naik hingga 60 kg...wah!! so permulaan dan sumber inspirasi untuk saya menurunkan berat badan saya..ini dia

So bermodal RM4 tidak sia-sia la saya mendapatkan info yang sangat berguna untuk menurunkan berat badan. Siap dapat link-link blog khas untuk keep it slim....SANGAT SUKA >.<.http://allwomenstalk.com/  banyak info yng superb la dekat web ni.

Okeh..antara tips-tips yang saya da korek-korek ialah:

1) MASAK SENDIRI
okeh dengan masak sendiri kita boleh bajet sendiri JENIS MASAKAN..yang kurang oily..more vegie and more protein. lebih baik dari beli dekat cafe UO..hahaha.....

2) KUANTITI MAKANAN
da kenyang reti-reti la stop bong....kuantiti biar la berpatutan...guna teori mickey mouse from herba life (ni course mate yg bagitahu nih) nasi dan lauk ibarat dua telinga mickey dan muka besar mickey mouse tu kuantiti sayur dan buah...hm..sangat healthy kan.....

3) MAKANAN SIHAT
Kita perlu tahu makanan yang kita ambil tu sihat atau tak....tapikan kadang-kadang kalau datang selera hantu raya tu......tibai je...hahaha...so sabarkan lah nafsu hantu raya tu ye bong....contohnya kentang goreng..nampak simple dan tak mengenyangkan..tetapi sangat la tinggi kalorinya...please avoid it MISS.
MAKAN IKUT PIRAMID NAK KURUS NI OK
4) FIBER
Antara kepentingan fiber ialah bagus untuk sistem penghadaman...cepat u'uk senang cakap...so kadar metabolisma akan meningkat....saya suka tang ni sebab sekarang memang saya sedang mengamalkan satu biskut tinggi fiber....
 
BERGUNA NI
5) PROTEIN
Jangan tinggalkan sumber protein kerana ia membantu menyembuhkan otot selepas bersenam,mencantikkan kulit, rambut dan kuku. 
JANGAN INGAT MAKAN IKAN, AYAM, DAGING JE  SUMBER PROTEIN...KEKACANG SEPERTI SOYA PUN TERMASUK JUGA
6) SALAD
Nak kurus cepat banyakkan makan salad. Kurang kalori  dan nutrisi yang sangat tinggi

7) JANGAN KEBULUR
Sesekali jangan tidak makan langsung.Anda akan kebulur dan meletakkan diri nada dalam situasi 'terseksa jiwa raga". Anda takkandapat kurus dengan tindakan bodoh ini kerana anda akan kembali jadi hantu raya setrelah tidak makan 2 3 minggu...erkk?da mati kot.....Anda cuma perlu kurangkan kuantiti dan makan makanan berkhasiat.......
8) MAKAN 5 HIDANGAN SEHARI BERBANDING 3 HIDANGAN YANG BERAT SEHARI.
Dada ayam yang dipanggang dan salad atau telur rebus adalah sangat bagus untuk kesihatan. Lebih kerap anda ambil makanan berkhasiat maka kelaparan dapat dikurangkan.
SELERA PUN SELERA...BERKHASIAT  LAGI TU
9) KATA YA KEPADA SARAPAN.
oh Jangan la tinggalkan sarapan. Anggaplah ianya sama penting dengan oksigen. Semangkuk oatmeal adalah sarapan yang terbaik dan sekiranya masih lapar boleh lah tambahkan telur rebus untuk memberi tenaga kepada tubuh kita.
OAT MEMANG TAK SEDAP..TAPI KALAU DITAMBAH KISMIS MACAM NI..SEDAP BONG!
10) BERSENAM DAN BERSENAM
kalori perlu dibakar walaupun hanya berjalan, naik tutun tangga.......
OK saya akan cuba mengamalkan diet yang sihat untuk menurunkan berat badan saya agar saya mampu menjadi seperti mereka..


hahhahah...tak nak kalah ko bong.......kagum dengan mereka nih...wanita bekerjaya, CANTIK, dan badan masih terjaga cantik walaupun sudah berbaby.......harap-harap bila saya dan kahwin dan mempunyai baby nanti saya pun mampu jadi macam mereka...amiin..ok next time kita kongsikan lagi info berguna untuk menjadi kurus....tetapi apa yang penting kecantikan hati sebenarnya..kurus bukan semata nak cantik tapi nak SIHAT....macam nenek saya yang berumur 79 tahun masih tegap sihat walafiat...yang pasti makanan ruji dia adalah nasi dan ikanmasak asam...no KFC,MC D, PIZZA HUT...ho.......peringatan untuk diri sendiri sebenarnya...

No comments:

Post a Comment