Thursday, September 20, 2012

Jumpa bakal mak pak mentua

Assalamualaikum.

Disebabkan hari ini adalah hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal. Pas ni dok nganga kira guli la kat rumah. Tetapi. Saya seorang yang berwawasan. Aiceh. Saya ada la plan. Otak saya memang tak berhenti berfikir dan terus merancang tentang masa depan saya. Pasti la kan, awak-awak di luar pun sama kan? Lepas habis study, mestila plan wut to do, wut to do.


So Then, Wut to to??? Next week saya akan berjimba- jimba di rumah bersama anak-anak buah yang raaaaamai sangat. ceh dekat rumah ada dua orang je. Rehat la seminggu bong. Penat wo study..lama boh! 3 Tahun. he. Then saya, cik Farah, Cik Kafa akan fly ke over the sea, sarawak jap. lepak2 tengok tempat orang selama 6 hari. Im waitin for that moment!!! Awal- awal duit PTPTN dah reserve beli tiket murah...yeay fly and fly to over the sea. Hajat dihati mahu makan ulat yang orang biasa makan dekat sana tu. Ulat mulong. Akak ofis dok cita, kalau masak lagi sodap dari udang. OK...cukup lah aku dok berjimba jimba selama dua minggu.


Then, wut to do, wut to do???? Besok ada dua benda penting yang akan saya hadapi.


Pertama, Ex majikan saya ( kojo part time je dulu)  pengetua Tadika Nur Al Hidayah, saya panggil dia... "CER" ringkasan untuk " Teacher" suruh datang ke tadika, ada rancangan baikkk punya kata cer. Dulu dia ada offer dekat saya mahu saya jaga tadika cawangan dia. Kalau saya boleh pulangkan modal dia, then saya boleh jadi pemilik tadika tersebut. Em, tapi tak tahu la lagi apa yang hendak dia bincangkan besok. Kita tunggu besok pg ye.... Actually, saya sangat minat dan mahu buat bisnes. So saya rasa, ini mungkin peluang. Oh tak kesah la walaupun saya graduan UKM, then nak kerja kat tadika. Gaji ciput. saya tak kesah.... kalau satu hari nanti saya boleh bukak tadika sendiri, why not kan?????


Kedua, En Firdaus 1st time akan datang ke rumah. euuwwww. hahaha. Berkenalan dengan mak apak saya. Bukan lah dok nak cakap "Pakcik, makcik saya nak mintak restu pakcik makcik, Saya nak kawen dengan anak pakcik , makcik, restuilah kami...." Geli sangat.  hahahaha. Dah kata otak sedang ligat merancangkan. Sudah habis belajar, berani la jugak nak bawak si dia ke rumah. uhuk!! So then saya da sediakan menu-menu special untuk besok... rice+ chicken chop ala- ala kat secret recipe nuh....  Lets cookin for tomorrow!!


Then teringat masa 1st time saya jumpa ma abah dia dekat Jerantut dulu, early 2010. Laga lutut nuh!! ketaq sana sini....huuiii. takut, lagi seram dari tengok zombie kampung pisang. Coi. Awal pagi  dah tolong ma dia buat nasi lemak dekat dapur, then pakai kain batik dok malu-malu tersimpuh potoong bawang. Tangan dekat pinggang dok goreng sayur. Ha style tak style 1st time pergi umah bakal mak pak mentua sudah masuk dapur, dok menggonyoh pinggan mangkuk. Sebaik adik-adik dia semua perempuan. So join the club la. Saya masih teringat la pertanyaan abah dia dulu..


" Ni betol ke ayuz nak kawen dengan aus? Ayuz ijazah, Aus sijil je....." Muka Pak dia serius la.....urat-urat tekak den da bersimpul-simpul  sampai tak keluar suara da. "InsyaALLAH pakcik" Dok terasa macam saya laki dia perempuan pulak...kikiikikiki. Tu dulu la....lepas tu saya dah tak pergi dah melawat kampung dia, jaga la manis wanita, tak elok la selalu p umah orang laki. ^.^. Actually masa tu tak da la sampai plan nak kahwin, sebab saya masih belajar. Itu masa tahun 2010. Lama dah...


Sekarang ni, ye betol, kami sedang merancang nak mendirikan rumahtangga. Saya da habis belajar, berani la jugak nak bawak jumpa kat ma abah saya.. kerja pun InsyaALLAH ada. InsyaALLAH. Saya hanya mampu merancang. KepadaNYA jua saya serahkan segalanya..





No comments:

Post a Comment