Saturday, December 31, 2011

2012..SAYA BUDAK THIRD YEAR

Assalamualaikum dear all bloggy.....

2012????
SELAMAT MANYAMBUT TAHUN BARU..1 JANUARI 2012..
wa..masa berlalu dengan begitu pantas....saya sudah meningkat seusia...kamu kamu juga...haha
sudah hampir 2 tahun 1/2 berpijak dan bernafas di bumi UKM..wawawawaw..terlalu banyak memori.
Benar la orang kata umur 21 tahun umur kebebasan...wah!!! memang!!! umur 21 tahun juga la saya kenal "cinta" aish..cinta NUklear (study study study) la, cinta SILAT GAYUNG FATANI, cintakan kolejku KUO a.k.a bumi UKM..n belajar dunia cinta romeo juliet yang tak berapa nak uda dara..da lama...kisah 2009 yang ditamatkan genap 2011. kejap je..kerana ia cukup manis dan cukup pahit...cukup la tuh....Allah da bagi peluang sekejap rasa berfoya-foya......cukup-cukup latuh.....(ohw aku tesedar diri banyak dosa).

Berpijak di bumi UKM pada tahun 2009 oh saya akan ingat tarikh tu sampai bila-bila 28 june 2009 juga la saya kenal sorang sahabat GEMPAK WOI!!!!....oh roomate la sapa lagi.........cakap la apa sahaja yang kami tak buat since 28 june 2009 till 1 januari 2012 ...genap la 2 tahun, 6 bulan, 29 hari perkenalan kita Nurul Asikin Ngalimi. Dia baik..aku jahat....ko ajar kte benda baik...kte banyak ajar ko benda jahat...akhirnya kite same2 jadi baik....wowo!!! cerita kanak-kanak dongeng di Tadika Kemas.


Hidup dekat U memang banyak beza dengan sekolah or matrix....lagi style studynya....saya ingat lagi zaman-zaman sekolah dulu,

PERHIMPUNAN

Wajib perhimpunan tiap-tiap pagi, oh tak untuk saya..start form 5, saya jarang p perhimpunan pagi, SENIOR? oh tak..saya jaga library, maklumlah time tu ketua pengawas perpustakaan. " So ko ketua pengawas tak payah la ko beratur kat perhimpunan????" rasa-rasa ada sesape pengawas yang berani cakap mcm tu ke dekat saya??? oh tak la sama skali.....sebab pengawas baju biru tu pon ramai member kamceng la wa cakap sama lu...uh POLITIK SEKOLAH!!! hahahah..so dekat U da takdak la hang nak rasa pepagi buta kena nyanyi lagu negaraku..kat matrix..ada la seminggu sekali kot nak rasa mcm tuh....dekat U?? saya rasa time MMP (Minggu Mesra Pelajar) atau dengan kata mudahnya time orientasi je la bong and time dinner besar kena pakai baju glamour2 gtu.

NOTA

Sekolah...note suma cgu bagi...silap2 cikgu panggil dekat depan suruh tuliskan dekat whiteboard..cikgu malas ke???ahhaha..tah...penat kot atau nak didik anak murid jd cikgu juga. hipotesis mudah. Dekat matrix pun da start ala-ala U, tapi note pon masih disuap muapkan oleh para lecturer. lengkap, short note, peta minda bagai suma ada. kiranya masih macam sekolah, beza belajar dalam dewan kuliah dan bilik tutor. Dekat U...yup note memang ada di uplod kan dekat SPIN UKM, or boleh didapatkan melalui senior-senior yang baik hati, yang busuk hati jgn dicari!!! tetapi la kan.....selalunya kalau berhempas pulas menghafal note-note yag diberi lecturer tu pon masih tak cukup nak dapatkan A...even A-....ko ingat senang dekat U nih????? hohho...at least kalau masukkan in4 luar dari  lecture note meant dari buku ...hm...tinggi la sket probability nak dapat A..seyez..cuba la..

KELAS

Pasti lah jauh beza.....dekat sekolah kelas tak dak air corn..kalau time pj sibuk la tutup tingkap pintu semua nak tukar sport shirt and pant....takut budak laki ternampak atau sengaja nampak. Padahal tolet punye la dekat kan??? taknak. toilet KOTOR...serius.....toilet sekolah sangat kotor...saya sanggup meyelinap masuk tandas guru...so time nak rush tukar-tukar baju..wah...berpeluh-pluh la... tak da aircorn kan...hahahaha. tetapi dekat U??da tak der la macam tu.......datang balik dari kuliah bedak mantain je kat muka. yeke?? itu kalau kelas sejam je sehari.ada ke? ...musykil.....tapi kelas dekat U, jauh lagi selesa berbanding dekat sekolah....

BEBAS

Hm...inilah istilah yang paling tepat dekat U is all about freedom. ko sendri la yang tentukan jadual kelas, nak p or ponteng kelas, nak extend or nak grade pada masa yang ditetapkan, nak kuar lewat tak balik-balik langsung, apa-apa sahaja agak bebas dekat U..maklum la..semua da penghujung remaja...dewasa la.....atas kebebasan tersebut lah....sangat perlu berhati-hati. Pengalaman saya, carilah kawan yang baik........kawankawan yang baik ni lah akan mengikat, dan mengawal diri  kita yang tidak tentu hala iman ini. dan saya sangat bersyukur dapat kawan-kawan yang BAIK dekat sini. Ekin, Yusz, Sya, Sarah, oh..Gang Fatanian Muaz, Lah, Farah, Cah, Hafzan, Saha...oih..ramai la.....

BERCINTA

Dekat sekolah takreti, dekat U da reti....huh! best ke?best lagi kalau halal..........lebih diberkati. BLESS, BERKAT DAN RAHMAT ALLAH adalah benda yag sangat penting dalam hidup, kalau bercinta 10 tahun xda BLESS. NO POINT. dan saya rasakan Percintaan saya tiada magical word tu. Itu firt love....wow, memang la gila buat seketika..hampir 5 tahun kawan baik..2 tahun in relationship, finally....kita kawan lagi baik..tapi kita perlu rasionalkan? Tips saya disini untuk orang bercinta di U ataupun da clash pon da...orang takkan tahu apa ada dalam hati kita..si dia pun tak tahu..sesiapa pun takkan tahu. tapi ALLAH tahu...jangan ikutkan hati dan nafsu..its better for our future...elak MAKSIAT....hm? Melalui pengalaman member2...hasil pembacaan...bercinta ni ada tiga tahap...tahun pertama indah sangat, tahun kedua indah, tahun ketiga biasa-biasa tahun keempat bosan. Tapi depends pada mereka yang mengawalnya.....dan mereka yang berjaya melepas tahap kedua tuh..da kira ok la......tapi satu hal la...bercinta dekat dengan maksiat......padanlah Islam Melarang bercinta sebelum kahwin, banyak dosanya. saya rasa saya   pelu membuat entri baru pasal CINTA ni...hahaha.....eloknya kawin la cepat.

oh sekarang mingu exam.....selamat untuk saya dan sahabat2 yang nak exam......tesis???BERUSAHA untuk menyiapkannya...tujuan utama tadi dank wish happy new year sahaja..melarat la pula..........pape pon, life dekat U Sangat BESTT!!!

Monday, December 19, 2011

INSAF

Assalamualaikum to all dear bloggy...

TESIS. saya sedang berusaha menyiapkan tesis BAB 1, 2 dan 3....kalut nak perah otak nak tulis ape dalam tesis sendiri..selalu baca senior punya je, pastu siap komen-komen lagi tu tak kena la..ni tak kena la, yang lagi best ada niat nak cilok idea depa lg tuh. JAHAT!!. Tapi atas dasar "saya nak yang terbaek untuk TESIS saya" tak mungkin saya berbuat demikian. dalam dok kepala serabut ni, saya ingin bawa beberapa quotes yang sememangnya menyedarkan saya. 

Jika kamu mahu mengetahui di manakah dirimu di sisi Allah SWT,
maka lihatlah di mana kamu letakkan Allah SWT di dalam dirimu.
~ Hilal Asyraf of LangitIlahi.

Semoga saya dan kamu-kamu terus berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik. InsyaALLAH

Cara Mengesan Jin dalam badan kita

Assalamualaikum to all bloggy....
Menjadi kebiasaan kita mendengar, atau melihat saudara mara, sahabat kita terkena, dirasuk oleh jin, saka, dan histeria. Pendapat saya, perkara ini tidak lah boleh dipandang sinis bajet zaman Samsung Galaxy Tab, maka hilang lah cerita hantu, jin bagai. Silap-silap jin zaman sekarang pun tahu guna i pad. Selalunya bila perkara ni jadi dekat diri kita baru kita terbuntang biji mata. cerita yang agak ngeri pengalaman yang ada depan mata saya ialah melihat pasangan yang bertunang diganggu. oho  ngeri!!!..yang lelakinya selalu melihat kelibat, ditindih ketika hendak tidur, sakit-sakit badan dan banyak lagi yang menganggunya. Pasangannya pula setiap kali datang bulan, badannya banyak kesan lebam-lebam. pasangan ini masih dalam proses merawat. Menurut perawat, ada yang menghantar jin untuk memisahkan mereka berdua. Nauzubillah..... Semoga jodoh mereka berpanjangan. Disini ingin saya kongsikan serba sedikit cara untuk kita mengelakkan perkara ini. InsyaALLAH

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.











Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka




SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.


Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
  
kredit to http://wanwma.com/agama/ujian-mengesan-jin-dalam-badan-anda/

CREATIVE PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum

wohoa!!! saya mendapat asingment baru untuk subjek photography.
 "ok kamu semua kena amik gambar bedasarkan tema creative photography" DR ARIF

Okey saya perlu mencari idea. saya bukanlah seorang photography yang profesional just boleh snap sana snap sini, then dapat la shoot yang menangis bila orang melihatnya. Bak kata Dr Arif, pensyarah photography saya,biar gambar yang kita snap tersebut dapat meruntun jiwa orang yang melihat. Berikut adalah antara creative photograph yang menikam jiwa saya sebagai pencinta seni dan yang lagi penting,saya mampu snap gambar seperi itu.. >.<

AMAZING!! ALLAH MAHA BESAR. itu yang dapat aku ungkapkan dari gambar ni

simple but meaningful ideas.
CREATIVE!!! hanya perlu menggunakan cermin mata atok ku sahaja.


pic ni  tak la cantik mana, tapi CREATIVE