Tuesday, December 21, 2010

Vol 23- MAkbulkah DOA kita?

Salam...

Dalam kita berduka ataupun bergembira..
betapa kita sering kali lupa..
siapa kita didunia ni...
sentiasa berdoa kepada 
DIA PENCIPTA YANG TERAGUNG..
adalah langkah untuk kita tidak tersesat
dalam cari arah tujuan hidup kita...
so..hari ni ..aku nak kongsikan 
untuk kita sama-sama
mencapai doa yang mustajab....
moga idop kita sehari-hari 
bertambah baik hendaknya....
InsyaAllah




BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:


1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 


2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap 
malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa 
kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”




3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidakditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” 


4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al- 
Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya 
adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” 

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam 
jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu 
melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan 
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.” 

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang 
bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. 
“Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” 

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” 

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan 
dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa 
tetapi tidak dimakbulkan.’” 

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”



sumber: mymetro

Vol 22- MenGiDam



SALAm KeLAparan

Minggu pertama yang agak relax..
mengundang perot aku tok 
mengidamkan sesuatu..
Dok belek2 majalah Dara.com petang tadi..
sekali terselak la 
resipi laksam..
mak kiah..kecor lidah n anak tekak gua beb..
pastuh..dok ngadap cerita 
putera katak kat tv3 td..
tertengok la iklan 
Prosperity Burger..
coiiiii!!!!



Sodap bona .......mau3!!!!

Mende ni SGT la mengGODA aku tika ini

Sunday, December 19, 2010

Vol 21- Tenaga Nuklear di Tanah Airku...

Salam to all........

Welcome back to UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.....
Memulakan hari pertama dalam 
semester keempat  
ni dengan semangat yang jitu...
InsyaAllah....

pagi yang sangat murni ni...
aku disajikan dengan satu artikel tentang 
Tenaga Nuklear dekat Malaysia nih...
Almaklumlah...
selama ni memamg aku x terpikir nak 
bergelumang dengan pejadah Nuklear suma ni....
dalam otak tepikir..
nuclear is BOM...
yang kuarkan bende beradioaktif yang sangat bahaya
lasty.....

baru taw sekarang betapa
Nuklear  tak sehina yang dfikirkan
bukan bom semata...ahhh..
ak still igt dlu time 
pak sedara,mak sedara, tok sedara angkat sume
dok tanyew...."amik ape kat UKM"..
ala2 yakinnya aku jawab
"Nuklear...Sains Nuklear"
dan dengan semangatnyew dowang berkata..
"oH!! nanti buat bom la ye....boleh bom Israel..!!!"

uhu..memang murni betol niat tersebut..
bom Israel yang da jahanamkan 
negara-neraga SAUDARA ISlAM AKU....
tapi....
adakah pak sedara,mak sedara, tok sedara angkat 
aku tu taw..
.nuklear bukan sekadar buat bom....
nuklear sebenarnya adalah sumber tenaga.....
yang sangat2 berguna..
tenaga tu untuk ape?????
Tenaga sgt la penting tok 
generate electricity..
yer ar..camno lak nak idop elektrik xdo...
kte bukan dalam zaman penjajah lagi....
why nuclear??kan bahaya.....

yang aku still ingat lagi ajaran 
pensyarah aku..Dr. Khoo Kok Siong..
yang sangat gentle..he
kte memerlukan bergelen2 air
 tok generate 1watt tenaga..
tapi kte hanya memerlukan
 terlalu sedikit uranium 
tok hasilkan berjta-juta watt tenaga elektrik...
aha??????
pikir la sendiri betapa banyaknya benefit  die..

so kat sini aku bawakan 
artikel sarapan aku pagi yang mulia ni.....
n artikel ni membawa sket rasa excited 
dalam diri yang kerdil ini.....
Jom baca sesame..........


....................................................




Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga. 

nuclear power plant reactor fusion 040309 02Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan. 

Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat tentang keperluan sedemikian. 

"Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. 

nuclear power plant reactor fusion 040309 01Gas menyumbang 64 peratus kepada penjanaan tenaga negara manakala selebihnya disumbangkan oleh arang batu. 

"Kita mesti elakkan ini. Ini amat tidak seimbang. Kita mahu hidro memainkan peranan utama kerana ia bersih tetapi ini hanya boleh dicapai di Sabah dan Sarawak yang ada banyak potensi, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia," katanya.

Selain itu, kata Chin, sumber-sumber tenaga lain seperti biojisim dan angin terlalu sedikit, manakala tenaga suria merupakan potensi yang baik tetapi teknologinya masih terlalu mahal. 

"Biojisim dan angin, terlalu sedikit. Melainkan dan hingga tenaga suria boleh diperbaharui menjadi cukup besar, tenaga begitu hanya menambah (kepada apa yang kita sedia ada) kerana kita tidak boleh menjana banyak tenaga (suria)disebabkan oleh kosnya yang tinggi," tegas beliau. 

NONEChin juga berkata kerajaan perlu ada pendekatan seimbang terhadap tenaga boleh diperbaharui kerana ia tidak mahu tarif meningkat disebabkan oleh kos yang tinggi. 

"Memanglah, semua orang mahukan tenaga boleh diperbaharui, tetapi kosnya? Bolehkah kita paksa orang menerima kenaikan tarif? Kita perlu kaji cara yang seimbang, itulah sebabnya kita tidak boleh bergantung kepada bahan api fosil semata-mata," katanya. 
Chin berkata nuklear menjadi pilihan yang semakin penting dalam mengimbangi sumber tenaga disebabkan kos penyenggaraannya dan tarifnya yang lebih rendah dalam jangka panjang. 

"Contohnya, di Abu Dhabi, mereka sedang membina loji tenaga suria yang besar-besar tetapi pada masa yang sama mengimbanginya dengan loji nuklear. Mereka tidak hanya memberi tumpuan kepada bahan api fosil," kata Chin. 

nuclear power plantMalaysia memulakan operasi reaktor penyelidikan Triga 1 MW sejak 1982 dan mempunyai perjanjian perlindungan nuklear antarabangsa sejak 1972.

Baru-baru ini, Malaysia juga memperketat undang-undang kawalan eksport untuk mencegah kemungkinan berlaku penyeludupan teknologi nuklear.



SUMBER:Malaysiakini.com




P/S: Aku doakan negara aku yang tercinta ni..akan berjaya menjana tenaga nuklear satu hari nanti..sekurang-kurangnya aku bolehlah jugak menyumbang sedikit ilmu dan tenaga tulang 4 kerat aku tok same2 membangunkan tenaga nuklear ni dekat Malaysia...amiiiiinnnnnnnnn

Sunday, December 12, 2010

Vol 20- Warisan Wanita TerakhIR....

Kaulah Warisan Wanita Terakhir......

Teacher's Pet

Warisan Wanita Terakhir

Bila kita dalam salam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

( korus )
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

( korus )
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Hati sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta... Kasih...
Kau warisan wanita ynag terakhir
Kau warisan wanita... Yang terakhir... 

....................................................................................................................................................................

SAlam...
Heheheeh..
times to revenge.............
uh...xda kene mengene pulak dgn tajok....
papehal..pon..aku cuma nak smpaikan kat sini..
betapa aku bahagianyew dgr lagu ni...
sgt3!!!!! suke lagu ni......
he.....

Friday, December 10, 2010

Vol 19- Let IT GO

Salam...
yang hanya mampu aku katakan ...
di saat n tika ini........
Ayuz..teruzkan usaha!!
 jangan Putus Asa....
Pe Asenyew...bile kite bejaya
 kecewakan Harapan MAk ABAH.....
UH ..xsanggup lagi rasenyew....
Sem lepasa adalah sem yang paling 
MIserable..terrible..Horible...!!!!
Sem DEPAN.......
adalah sem yang
" PRECIOUS "
Amiiiiiin.....
Xsanggup lgi mau kecewakan hati 
LECTURER ....
.VErily..
Got a bad result  memang lgi terok
Dari putus Cinta....
uh....
lagi cuak+seram+terkesima..
bile...
broku sudah bersuara..
"abah kata...sem depan result teruk..motor..laptop tarik balik!!!"
sejuk menggeletar ..
buat seketika..
haurghhh..
its means..
det all really dispointed
 wif my result..
so dat,
ayuz.......
Let IT gO BAby....
Let It gO....
Go ...
GO..
Go..!!!!
go 4 a 4.00 flat!!




Wednesday, December 8, 2010

Vol 18- | Insya Allah | ... إن شاء الله




SALAM MAAL HIJRAH......TO ALL........

                 AHHa...sudah beberapa minggu saya menghirup udara segar di rumah....menghabiskan saat2 cuti sem dengan sebaik-baiknya.....tiada asingment..tiada tutor..tiada lecture...dapatlah merehatkan minda buat seketika...seronok duduk rumah ni..sangat seronok!!!  atas keseronokkan membuat sebarang kerja rumah sperti seorang isteri yang mithali......lame jugaklah saya xdapat berintenet...( aiceh..padahal P1 xda kat umah!!)...

      Baru sekejap tadi saya membaca n3 n3 rebaru rakan2 blog yang lain......yang sedang bahagia..Alhamdulillah..yang sedang berduka.....sedang putus asa....inging sekali saya kirimkan lagu yang mempunyai bait2 kata yang sangat indah ini untuk mereka......InsyaAllah...dengan Izin Allah...


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x

Insya Allah we`ll find the way


                  Hanya yang termampu saya kongsikan disini untuk sahabat-sahabat yang bermasalah...adalah berserah segalanya kepada Ya Rabb....kita manusia biasa yang sememangnya setiap hari melakukan dosa..disedari atau tanpa disedari....benarlah kata-kata pujangga..hidup kita ibarat roda..kadangkala di atas kadnagkala di bawah....semangnya seprti bosan mendengar ayat ini tetapi sangat besar maknanya....
              
        Apabila kita berada di atas..misalnya..bahagia bila dapat result gempak...uh memang terasa di awan awangan...kalah jatuh cinta la wa cakap lu... kadangkala kita terlupa buat seketika ...Allah lah yang mengizinkan untuk kita mendapat result exam yang bagus.....bukan semata-mata usaha kita.....kiranya kita dalam keadaan duka..misalanya..tension sangat belajar.....cubalah kita beserah kepadanya.....doa..jangan pernah berhenti berdoa....InsyaAllah..hidup kita tak kemana..tidak sesat mana..sekuarang-kurangnya kita sesat pusing-pusing  dekat roundbout...hanya perlu pilih simpang yang betul sahaja...

         InsyaAllah .......Hidup baik-baik...Hidup bahagia-bahagia...tak mahu sedih-sedih.....bersama keluarga tersayang..pekerjaan yang mulia..pasangan yang baik.....dapat berbakti untuk semua....InsyaAllah...JANGAN PERNAH PUTUS ASA!!!!!!!!!!!!!!!


            Sempena tahun baru Islam ini dan  sem baru yang akan datang...ingin sekali aku berazam untuk berusaha dengan lebih keras lagi!!!!! ..tak mahu lagi belajar last minute.......mahu menghabiskan masa di ptsl....xmahu ponteng kelas selalu.....mahu mengumpulkan ilmu sebanya-banyaknya....mahu lebih bahagia....LILLAHITAALA..............................