Sunday, August 25, 2013

Amazing Wedding

 TRADEMARK FOR TODAY :  *Pastel*Beautiful*


Assalamualaikum to dear all....

Here we go. Wedding atin member lama sekolah dolu...yang di langsungkan di Paya Indah Wetland Putrajaya. di restoran Pangling. Dia Cantik sangat, natural beauty, simple, majlis yang sangat meriah. Tengok tu tengok tu.....just a simple dreass with cream colour then she put flower on top of her head. Such a princess. Love it. Ini hari langsung. Jom kita flash back hari nikah dia, sory Atin im take this photo from your FB. he




Same colour but, really nice...also flower on her head. Terasa sangat suci tika dan saat itu. Nak macam atin, nak macam atin!! hahahaha..Ok, then kita pergi hari sanding dia pula. Adik-beradik , mak ayah atin yang cantik-cantik semua pakai colour ni.

Bukan yang kuning  mustard (Cik Ipah Love u friend!) tapi yang sebelah. Comel kan? Itu colour yang saya suka.....dan terasa nak buat tema Wedding with that colour. Sangat cantik dan sangat cantik. Then kita tengok khemah pula.....

Tarra...Tengok khemah ye...(PUIIH Im become fatty and fatty like a ball. Ayuz, Take note!!) Dalam gambar just look khemah biasa-biasa tetapi...pada hari kejadian, scalop warna tu nampak sangat meriah, sejuk mata memandang. Pastel colour. Disebabkan Restoran Pangling dah macam resort, so then saya rasa wedding ni dah macam berkonsepkan garden. Sangat sweet.Then we looked the others thing....
1) Guest book


2) Gigih mak jah tulis ucapan
3) Wan, Ipah Atin & Hubby, Me

Atin letak Guest book, then we all boleh write down all the wishes to pengantin. Then gambar yang ketiga tu, nampak tak atin letak gantungan bebola warna putih, It's made from TISU!!! cantik ok.  Majlis yang simple, no pelamin rasanya, sebab tak nampak langsung pelamin, tetapi sangat meriah.... gabungan warna-warna pastel yang menyejukkan mata.... saya sangat suka. Bertekad untuk merealisasikan majlis seperti ini!.... Peace

Thursday, August 22, 2013

Idea Pelamin DIY. Jimat

Assalamualaikum blogy semua... :)

Trademark hari ini : + pelamin + DIY 


              




Pelamin-pelamin kat atas ni semua boleh buat sendiri, yang pasti ikut kekreatifan masing-masing untuk mencantikkan lagi pelamin anda. Gila nak bayar kat mak andam 2K-3K hanya untuk make up, 1 persalinan, pelamin yang konon dijanjikan pelamin bak mahligai istana, plus make up artis. Cooii.. Sayang duit okei..... 

Kipas kertas tu boleh je lipat-lipat sendiri, gambar yang tengah tu dia guna tanglung penyek, lagi hebat. Tepek sajo kat langsir. Nak stage, amik kayu lapik katil, letak kain sket2...dah jadi stage. Yang lain modal la sikit beli kerusi lawa, carpet bulu lawa2..then korang boleh guna pas kahwin nanti. tepi-tepi pelamin, lambakkan je bantal-bantal kiut, dah habis cerita. Kiri kanan, pacak akn lampu lawo2....dan yang pasti boleh guna balik lampu tu. 

Idea da besepah dalam otak ni, cuma Tiada lagi permintaan pelamin DIY saya. hahahahaha.  Have fun with DIY pelamin korang. Lagi bermakna.... 





Guru Tuisyen Boleh Kaya


Assalamualaikum dear bloggy...


Trademark for today :  *Lillahitaala*Passion*Work Hard*Success*

Home Tutor (ajar murid dekat rumah dia) dan Guru Tuisyen sepenuh masa. Itu adalah kerjaya saya sekarang. Siang di rumah, malam mengajar. Passion untuk mengajar budak-budak masih menebal. Tebal kalah kasut wedges Anis (adik yang membesar dengan kejelitaan tersendiri).. 1jam saya dibayar oleh pusat tuisyen RM20-RM40 ikut peringkat umur.

Saya percaya untuk berjaya dalam hidup adalah bukan suatu yang mudah, rezeki ada di mana-mana, kena USAHA. Saya selalu terfikir dan sentiasa berfikir, bagaimana mahu kaya dengan berniaga walaupun hanya jual jambu di hadapan sekolah. Why not kan? janji kita ada Passion. 

Berbekalkan sekeping ijazah dan boleh mendapat pekerjaan yang hanya gaji 1K-2K, duduk di bandar. Kerja stress, stress dan stress. Lain la kerja gomen....Teringat kisah member yang pergi interview Pegawai Sains C41, baru-baru ni, akak senior yang dah berpengalaman 3 tahun dam bidang radioterapi dan masih belum tetap jawatan pon pergi interview sama, terfikir macamana kitorang yang freshy ni nak dapat jawatan elit tersebut...??? Semua tu rezeki.....

Roomate UKM saya pergi interview Pegawai Tadbir N41 di majlis perbandaran, pun sama. Orang-orang yang datang interview ada yang berpengalaman lebih 2 tahun, linkungan umur 26 tahun-28 tahun. Bagaimana kami yang freshy ni nak bersaing dengan mereka yang jauh lagi berpengalaman dan berketerampilan??? Semua itu rezeki.....

 Jangan mudah berputus asa dengan rezeki ALLAH......Rezeki Allah ada di mana-mana....

Dan atas desakan itu, saya begini sekarang... siapa sangka gaji seorang cikgu Tusiyen lebih 1K sebulan. Bukan tangga pendapatan yang dipandang, tapi ajar budak biar dapat. Semua kerja sama je, kalau asyik kira mileage sajo....takda keberkatan dekat situ. Niat kerja biar betul, Lillahitaala.

Saya selalu berniat dapat rezeki yang luas untuk bagi ma abah duit, bayar hutang PTPTN dan kumpul duit kahwin. FULLSTOP. Dengan kerjaya saya yang masih tunggang langgang ni, tapi hati saya bahagia, petang-petang tolong akak saya jual jambu di hadapan sekolah. Malam-malam ajar tuisyen... Sebulan hampir 2K saya boleh perolehi...Alhamdulillah. walaupun saya tiada slip gaji, Tapi siyez saya bahagia, sebab saya memang nak berniaga...Tengok sahaja orang Cina, suami pengurus kedai kopi, isteri jaga akauan, anak-anak jadi pekerja, walaupun hanya kedai kopi biasa, tetapi boleh sajo pakai kereta Mercedes. Oleh itu, saya merencanakan projek saya yang terbaru untuk masa depan saya iaitu : 



Masih dalam perangkaan, sebab saya memang tak mahu makan gaji........Mungkin lepas berkahwin saya boleh mengunakan skill menjahit. So tak perlu makan gaji.Wallahualam. So fresh graduate yang akan keluar secara lambakan dalam beberapa bulan lagi ni, kami yang dah grad setahun ni pun belum dapat kerja yang elit lagi, tapi jangan risau, akal ada...jana lah sebaiknya, asal tak menganggur mengabihkan boreh mak ayah. Salah satu jalan terbaik, pergilah mana-mana pusat tuisyen. Mereka sangat memerlukan cikgu yang komited dan berdedikasi disamping pendapatan lumayan. Jangan terkejut bila pendapatan sampingan dengan hanya menjadi cikgu tuisyen  atau home tutor adalah lebih dari gaji kerjaya sebenar kita. Yes, Its really happen. Kaya dunia, kaya akhirat InsyaALLAH.

Sumber akademi Infitah Bangi. Mohd Noor Mohd Tahir.

Dan sekiranya awak-awak takut untuk memulakan kerjaya sebagai cikgu tuisyen meh sini..

Gambar ini sama dengan situasi yang dihadapi oleh ramai orang diluar sana.

REALITI

"Saya bukan seorang guru atau pensyarah"

IDEA

"Saya ingin menjadi seorang Home Tutor"

Ramai orang akan mengambil masa untuk 'argue' dengan kata-kata orang lain mahupun kata-kata dari dalam diri sendiri.

Ramai juga yang telah berjaya dengan mengikut IDEA-IDEA yang positif dan bersesuaian dengan keadaan diri mereka dan jadilah mereka dengan apa yang mereka inginkan itu dengan izin Allah.


Sumber: Akademi Infitah: Mohd Noor Mohd Tahir
Semuanya berkaitan .. PASSION. Thanks bro Mohd Noor Mohd Tahir, bagi inspirasi pagi tadi.

Monday, August 19, 2013

Resepi Choclate chips Cookies rangup, cair di dalam.

Salam bloggy....

Trademark harini ialah *SENANG * SEDAP *

Bulan puasa hari tu tekak dok mengidam la cookies kat famous amos yang marveles tu...Nak pergi beli asyik tidak kesampaian, masa dok UKM dulu boleh la lari jap pergi Alamanda, sekarang dah stay semenyih, terasa jauh sangat nak ke Alamanda tu.Gamaknye dok la cari-cari resepi dekat internet. Tapi buat-buat, cookies saya jadi keras, tak rangup and tak crunchy...kena gentel comel-comel baru rangup, pulak tu manis sangat...ngilu gigi nak makan. SADIS OK!! Saya memang tak mahir bab-bab baking ni...ada je tak kena. Tetapi otak dok la gigih nak buat lagi.

Masa hari raya haritu, memang mata dok cari cookies je dalam telap raya orang...nak cari resepi terbaik la konon.he. Sekali, makan kat rumah cousin di Jempol...FUHH...terbaikkk!!! Korek punya korek, rupa-rupanya, saya perlu tambah tepung jagung dan oat, baru crunchy....tarrra..dapatla resepi ni..... Cuba tau...memang terasa coklat cip cair di dalam. InsyaALLAH jadi punya.

Bahan utama ini dia..wajib guna oat dan Coklat Cip jenama Hershey's, baru terasa cair di dalam, dan rangup. Biar mahal janji puas hati.

  He we go.....!!


 Bahan- bahannya:

1)1 suku cawan tepung gandum.
2)  1 suku cawan tepung jagung (untuk bagi rangup).
 3) 1 cawan gula perang .
4)250g buttercup (jenama lain pun takpa).
5)1 biji telur grade apa-apa je.
6)1 sudu teh esen vanilla
7)1 sudu teh baking powder
8)1 sudu teh soda bikarbonat
9)2 cawan chocolate chips Hersheys 
10). 1 cawan Oat
11) 1 cawan badam ( di goreng tanpa minyak, letak banyak badam pun takpe...he sedap!)

Dan boleh tambah serbuk koko dalam 1/2 cawan bagi siapa yang nak warna cookiesnya gelap, yang 2nd try saya tak letak sebab nak nampakkan chips yang tertonggok atas cookies, baru GEMPAK.he

Caranya:



1. Tepung gandum, tepung jagung, baking powder, sodabikarbonate dan serbuk koko (bagi siapa yang guna serbuk koko) = AYAKKAN, CAMPUR DALAM 1 BEKAS, GAUL RATA, LETAK TEPI.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy....warna pun jadi cream nanti.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati, rata dan sebati. Dalam 3, 4 minit.
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk. Gaul bagi rata dan sebati.
6. Masukkan badam, chocolate chips pulak. Adun ikut pusingan jam sampai sebati.
7. Saya biarkan dalam peti sejuk selama 10-15 min bagi semua betul-betul sebati.

Adunan akan jadi cantik, tak melekat sangat seperti ini :
Make sure masukkan tepung sikit-sikit dan tengok adunan macam mana...buat comel-comel dan tekan sukit guna garpu, nak bagi ilusi yang menarik...susun atas tempat pembakar yang macam dulang, jangan susun atas jaring-jaring tu sebab waktu cookies panas dalam oven dia akan jadi lembut sangat,. Saya dah kena time yang 1st try, habis jatuh kat cela-celah jaring semua cookies yang dibentuk tu .

Jangan letak atas jaring macam ni tau

Then, Pre-heat oven dalam 10 minit dengan suhu 160 celcius, jangan panas sangat nanti hangit. Saya guna oven api bawah  sahaja, nak bagi cookies lawa. Bakar dalam 15 minit. Lepas 15 minit, hati-hati waktu sodok cookies tu, sebab dia masih lembut, biarkan sejuk dan mengeras dengan sendiri dekat tepi dalam 3-4 minit. Finally, macam ni la hasilnya. 
Chips hersheys cair didalam.


Selamat Mencuba ye

Masa untuk kahwin!...Kawan yang nak kahwin.....

Salam dear alls...

Berbulan-bulan blog ni sepi...wanita bekerjaya suatu ketika dulu..heheh. Sekarang saya tak busy sangat dah....sebab? Plan membina empayar tadika sendiri tak kesampaian atas sebab tertentu...sebab? hm...takda rezeki...hehehe TIPIKAL belum ada rezeki tentang ke arah itu. Anyway Selamat Hari Raya maaf zahir batin semua...muahhh. Hamboi jah. Ok, pas raya ni tiba-tiba kawan baik techinta wat kezuutan nak bertunang... dengan abg senior kami zaman tok nenek waktu sekolah dulu. Wiitwiit...Im really happy for her. Selamat betunang WIWI. Excited jah! Sebab best fren sendiri bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi...gila tak... Saya jadi photographer jap,and cik nina make-up. Kelass sgt nina make up! terbaik!!! lawa simple and very nice...posing sket..



  Ok pastu tak sempat tunggu abg apis ,tunang cik wiwi datang...kena rempit laju-laju balik rumah, abang nak datang raya...fuh. Abang la sangat...hahaha...Lari-lari cari tembikai kat kebun The Store sebab pakcik suka makan dan minum air tembikai......cepat2  blender....tarra..




Kesian, sebab dia dari jaoh....=___=... aduhai terasa macam isteri solehah sangat..Aus cakap air tembikai saya tu lagi power dari Pappa Rich....kunun, (ada ke air tembikai kat Pappa Rich?? yo yo ooo je).. InsyaAllah akan sentiasa cuba jadi terbaik...he. Itu semua poyoooo... wajib mak selalu pesan, ikat hati suami dengan masakan...ok wak, saya akan pastikan perut awak terus membuncit. Wahahahaha



SELAMAT HARI RAYA!!! Peace yoll