Wednesday, September 19, 2012

Ma. Abah. Love.



Wahai mak bapak. Kalau hari ini anak- anak nampak agama itu kecil, menjadi tanggungjawab mak bapak jadikan ia nampak  besar. Besar sungguh tanggungjawab mak bapak dalam menentukan anak dia syurga atau tidak.

Adakah anak-anak yang beratur sekarang yang akan memandikan jenazah kita nanti??????  kalau belum pasti sila pastikan sekarang. Cuba bayangkan saat anak yang mengimamkan solat jenazah ibu atau ayah dia sendiri, dalam keadaan menangis-nangis mohon kepada Allah agar ibu atau ayahnya ditempatakan bersama orang Beriman. Adakah Allah akan menolak doa hamba tersebut? Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Mengasihani... Adakah doa itu akan ditolak?? Ini adalah antara bicara ustaz Don yang menarik hati saya. Sayu bila terkenang nasib diri sendiri. Walaupun masih belum berumah dan bertangga, hanya ada anak-anak buah yang berderet, tetapi saya terfikir, Saya tau tak solat jenazah???????? Fuh........ Bagaiamana nasib ibu ayah saya nanti.? Ya Allah mohon panjangkan umur kedua ibu bapa saya dalam mentaatiMU dan rasulMU. Tazkirah ini sangat superb. Renungan bersama.

Siapa kita? Di manakah kita? Wahai sahabat-sahabat semoga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, dan dapat mendidik anak-anak kita berjiwa Islam. InsyaALLAH. 






















No comments:

Post a Comment