Thursday, September 20, 2012

Jumpa bakal mak pak mentua

Assalamualaikum.

Disebabkan hari ini adalah hari terakhir saya sebagai pelajar praktikal. Pas ni dok nganga kira guli la kat rumah. Tetapi. Saya seorang yang berwawasan. Aiceh. Saya ada la plan. Otak saya memang tak berhenti berfikir dan terus merancang tentang masa depan saya. Pasti la kan, awak-awak di luar pun sama kan? Lepas habis study, mestila plan wut to do, wut to do.


So Then, Wut to to??? Next week saya akan berjimba- jimba di rumah bersama anak-anak buah yang raaaaamai sangat. ceh dekat rumah ada dua orang je. Rehat la seminggu bong. Penat wo study..lama boh! 3 Tahun. he. Then saya, cik Farah, Cik Kafa akan fly ke over the sea, sarawak jap. lepak2 tengok tempat orang selama 6 hari. Im waitin for that moment!!! Awal- awal duit PTPTN dah reserve beli tiket murah...yeay fly and fly to over the sea. Hajat dihati mahu makan ulat yang orang biasa makan dekat sana tu. Ulat mulong. Akak ofis dok cita, kalau masak lagi sodap dari udang. OK...cukup lah aku dok berjimba jimba selama dua minggu.


Then, wut to do, wut to do???? Besok ada dua benda penting yang akan saya hadapi.


Pertama, Ex majikan saya ( kojo part time je dulu)  pengetua Tadika Nur Al Hidayah, saya panggil dia... "CER" ringkasan untuk " Teacher" suruh datang ke tadika, ada rancangan baikkk punya kata cer. Dulu dia ada offer dekat saya mahu saya jaga tadika cawangan dia. Kalau saya boleh pulangkan modal dia, then saya boleh jadi pemilik tadika tersebut. Em, tapi tak tahu la lagi apa yang hendak dia bincangkan besok. Kita tunggu besok pg ye.... Actually, saya sangat minat dan mahu buat bisnes. So saya rasa, ini mungkin peluang. Oh tak kesah la walaupun saya graduan UKM, then nak kerja kat tadika. Gaji ciput. saya tak kesah.... kalau satu hari nanti saya boleh bukak tadika sendiri, why not kan?????


Kedua, En Firdaus 1st time akan datang ke rumah. euuwwww. hahaha. Berkenalan dengan mak apak saya. Bukan lah dok nak cakap "Pakcik, makcik saya nak mintak restu pakcik makcik, Saya nak kawen dengan anak pakcik , makcik, restuilah kami...." Geli sangat.  hahahaha. Dah kata otak sedang ligat merancangkan. Sudah habis belajar, berani la jugak nak bawak si dia ke rumah. uhuk!! So then saya da sediakan menu-menu special untuk besok... rice+ chicken chop ala- ala kat secret recipe nuh....  Lets cookin for tomorrow!!


Then teringat masa 1st time saya jumpa ma abah dia dekat Jerantut dulu, early 2010. Laga lutut nuh!! ketaq sana sini....huuiii. takut, lagi seram dari tengok zombie kampung pisang. Coi. Awal pagi  dah tolong ma dia buat nasi lemak dekat dapur, then pakai kain batik dok malu-malu tersimpuh potoong bawang. Tangan dekat pinggang dok goreng sayur. Ha style tak style 1st time pergi umah bakal mak pak mentua sudah masuk dapur, dok menggonyoh pinggan mangkuk. Sebaik adik-adik dia semua perempuan. So join the club la. Saya masih teringat la pertanyaan abah dia dulu..


" Ni betol ke ayuz nak kawen dengan aus? Ayuz ijazah, Aus sijil je....." Muka Pak dia serius la.....urat-urat tekak den da bersimpul-simpul  sampai tak keluar suara da. "InsyaALLAH pakcik" Dok terasa macam saya laki dia perempuan pulak...kikiikikiki. Tu dulu la....lepas tu saya dah tak pergi dah melawat kampung dia, jaga la manis wanita, tak elok la selalu p umah orang laki. ^.^. Actually masa tu tak da la sampai plan nak kahwin, sebab saya masih belajar. Itu masa tahun 2010. Lama dah...


Sekarang ni, ye betol, kami sedang merancang nak mendirikan rumahtangga. Saya da habis belajar, berani la jugak nak bawak jumpa kat ma abah saya.. kerja pun InsyaALLAH ada. InsyaALLAH. Saya hanya mampu merancang. KepadaNYA jua saya serahkan segalanya..





Hari Terakhir di AELB

Assalamualaikum bloggy, 

Hari ni hari jumaat! Penghulu segala hari! Dan yang paling penting ini adalah hari terakhir untuk saya berjimba- jimba sebagai pelajar praktikal di AELB. AELB memang superb! Dapat belajar dengan pegawai-pegawai yang baik hati mencurah ilmu. Pegawai yang hensem. ngiok =__+. Hari ni sempat la saya bersalam- salam dengan akak2 opis..... 

"Eh, kejap je? da 3 bulan ye?" .. " la...da habis ke,? Kejap je kan"  Most reaction diorang macam tu. Ada gak, " wah, lawa jubah ko ea".. " Melawa hari ni dik, jubah mane beli???? ". Ok fullstop! Hahaha. anyway akak2, encik2 sini semua baik. Serius, tanpa ada niat membodek agar dapat diserapkan kerja terus kat sini. But, Honestly, NAK KERJA GAK KAT SINI!!!!.

Sepanjang 3 bulan duduk memerap dekat AELB berjaya jugak la saya menyiapkan projek yang diberi. Terasa macam jadi Consultant Lynas pulak. Coi. Berjaya la buat panduan pelaksanaan untuk pengguna/ pemegang lesen dalam uruskan sisa radioaktif. Alhamdulillah. Pegawai saya ( Encik Nik yg baik hati lagi kacak =__=) sporting sangat, " Takpe Husna, as long as awak siap kerja yang saya bagi, da cukup bagus." Dia tak check sangat pun. ahhahaha. Terima kasih banyak-banyak tuan- tuan dan puan-puan disini yang melayani saya dengan cukup baik. Hanya ALLAH yang akan memberi ganjaran terbaekk buat kamu-kamu semua. Ni terselit sekali pic- pic yang ado sepanjang khidmat saya yang tak berapa nak pandai ni.



Berangan. Teringin nak dapat jacket ni. Jangan tanya ni baju siapa. ahahahah. Pinjam yek tuan badan.


Best Freind di AELB, Miza. Dok Meja sebelah. Thanks dik sanggup teman akak g mane2. Sempat lagi janji nak jadi pengapit. =___=


Antara peg yang baik hati. 


HUH. menang pot luck raya no 3 sajo. 

Saya pun tak tahu kenapa saya uplod pic ni... ho. kawasan parking AELB. ahhaha

InsyaALLAH, lain masa jumpa lagi semua. Adios AELB

AELB: Atomic Energy Licensing Board/ Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Wednesday, September 19, 2012

Ma. Abah. Love.



Wahai mak bapak. Kalau hari ini anak- anak nampak agama itu kecil, menjadi tanggungjawab mak bapak jadikan ia nampak  besar. Besar sungguh tanggungjawab mak bapak dalam menentukan anak dia syurga atau tidak.

Adakah anak-anak yang beratur sekarang yang akan memandikan jenazah kita nanti??????  kalau belum pasti sila pastikan sekarang. Cuba bayangkan saat anak yang mengimamkan solat jenazah ibu atau ayah dia sendiri, dalam keadaan menangis-nangis mohon kepada Allah agar ibu atau ayahnya ditempatakan bersama orang Beriman. Adakah Allah akan menolak doa hamba tersebut? Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Mengasihani... Adakah doa itu akan ditolak?? Ini adalah antara bicara ustaz Don yang menarik hati saya. Sayu bila terkenang nasib diri sendiri. Walaupun masih belum berumah dan bertangga, hanya ada anak-anak buah yang berderet, tetapi saya terfikir, Saya tau tak solat jenazah???????? Fuh........ Bagaiamana nasib ibu ayah saya nanti.? Ya Allah mohon panjangkan umur kedua ibu bapa saya dalam mentaatiMU dan rasulMU. Tazkirah ini sangat superb. Renungan bersama.

Siapa kita? Di manakah kita? Wahai sahabat-sahabat semoga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, dan dapat mendidik anak-anak kita berjiwa Islam. InsyaALLAH. 






















Kahwin. Hang Serius????


Ini Belanja Kahwin saya dan Firdaus.Siyez ke ni..InsyaALLAH, hanya merancang. Fuh! jimat!!!!..... Janji tiada niat menunjuk. Hanya mahu kongsi kegembiraan dengan semua. Yang diharapkan adalah Redha dan Berkat Allah. Restu mak abah saya dan bakal mentua. ^.^

Teruja dengan cara perkahwinan uztaz Don yang perbanyakkan makanan sebagai dulang hantaran. Bukanlah barangan Brand2 macam orang selalu buat. JIMAT!!!! Sekuarang-kurangnya makanan tersebut boleh dikongsi dengan saudara mara. Maka kegembiraan tersebut dirai bersama. Dirasai bersama. Ok kan macam tu. Baranagan brand2 tu boleh beli lepas kahwin.

Yang paling penting adalah kehidupan selepas berkahwin.. Rumah? Barangan dalam Rumah? Kereta? kan.....InsyaALLAH. Doakan perjalanan saya dan Firdaus ye...

Cerita lanjut perkahwinan ustaz don & Husna. Semoga Bahagia dunia akhirat. amiiiin. http://fitrihadi.com/2012/08/fakta-perkahwinan-ustaz-don-daniyal-husna/

INTERVIEW KERJA.

Assalamualaikum bloggy.

Fuh!! Alhamdulillah akhirnya. Lagi dua hari maka tamatlah riwayat title saya sebagai pelajar UKM. Jumaat ni hari terakhir untuk Latihan Industri di AELB. Serius seronok LI dekat sini. Ok, sudah lama sangat la tak bercerita dekat sini. Tesis done with A-. Teruk la dapat A-, tapi saya bersyukur. Bukan senang tau nak buat tesis tu. Tak mengapa lah. at least berjaya jugak menghasilkn tesis aku sendiri. NOw Showing movie is sedang merancang kerja dan masa depan saya. Saya fresh grad. Tak nak Tak nak Tak Nak mengganggur. Fullstop!!

So apakah plan saya? Disebabkan internship Di AELB sangat sporting, saya dah pergi sebanyak dua interview dalam minggu terakhir ber praktikal ni. Semua kerja-kerja yang TAK DO kaitan. Tetapi saya nak kerja...

1) Teledirct (google) fuh gaji lebat, RM2300 basic. " Miss, this position quite pressure. You don't have any experience..n bla bla bla.... aku nak keje da.....ko bagi je la aku keje ni. =___=. Finally, tak dapat position ni. Tapi saya positif je. Kerja ni betol-betol dekat KL. SESAK. Saya adalah penunggang motor sejati. Saya Gadis. So bahaya. mungkin itu hikmahnya.......

2) HSBC bank. Telemarketing. Basic RM1800. Not bad. lebat gak. " You did'nt convince me to get this position n bla bla..bbrupp.... saya hilang semangat sekejap. Even saya da cerita saya ada penagalaman di Uni itu, ini. Saya pernah buat marketing masa nak pergi cultural visit di Vietnam dulu tu OK!!! But...... saya bukanlah calon terbaek untuk jawatan tersebut. I need to accept it. With Pleasure.

Lepas je saya pergi dua interview tersebut, saya dapat dua lagi interview besoknya. Kilang dua-dua jawatan sales excutive. basic RM1200. Saya fresh Grad Science Nuclear. Tapi suma interview pasal marketing. Sudah siap-siap nak pergi interview...tapi saya tiba-tiba termenung..........ada orang tawarkan saya kerja. Dah lama dia tawarkan. Tapi saya tolak sebab kerja tu gaji sikit.jadi Cikgu Tadika. 

" Ayuz kerja dengan Teacher setahun, amik pengalaman, lepas tu Ayuz jaga tadika cawangan Teacher dekat Pajam. Kalau Ayuz dapat pulangkan modal teacher balik. Tadika tu ayuz punya. Masa kerja dengan teacher, dapatkan kursus, dan lesen."

Saya termenung. Memang impian saya nak buat bisnes. Then setelah fikir-fikir, I should GRAB it!!! peluang tu... saya masih belum buat solat istikharah. Saya hanya mohon ALLAH kurniakan saya hidayah..jalan yang luas untuk saya.Saya mahu bayar hutang PTPTN. Saya mahu bagi mak abah saya duit. Saya Nak kahwin tahun depan. SO then... " Teacher Husna??? "