Wednesday, March 16, 2011

Voul 34 : Teruskan BERMAKSIAT..jika Berjaya laksanakan 5 syarat ini..

AKU hamba Faqir..
Terlalu banyak DOSA dan NOda..
AKU malu pada MU ...
Aku HINA YA ALLAH..
Kirimkan aku kekuatan YA ALLAH........
Agar dapat ku sinarkan 
LAngkah kaki ini
dengan kasihnya Syariat ISLAM...
Tidak termampu aku 
berdiri tanpa hidayah MU ...
Tidak aku termampu 
Berada di satu kawasan tanpa ENGKAU dapat melihatku...
Tidak aku terdaya YA Allah...
Tanpa menjamah rezeki MU untuk terusku benafas di bumi MU ini Ya Allah...
Tiada kudratku Ya RABB...
Untuk ku tinggalkan bumi ini pergi jauh ke tempat lain...
Tidak dapat ku katakan.
ketika Malaikat Maut mahu mencabut nyawa ini
" Sekejap!!! wahai Malaikat Maut..aku mahu bertaubat dahulu"
Tidak juga dapat aku merayu 
Saat Malaikat Zabaniyah mengheretku ke neraka..
" Jangan!! aku tidak mahu mengikutmu .."
Sungguh aku tidak mampu melakukannya....
Terlalu kecil hina hamba ini.....
Ya Alllah..
Ampunilah Daku Ya Allah.....
Aku merayu TaubatMU .....
Aku Merayu.......

No comments:

Post a Comment