Monday, December 19, 2011

Cara Mengesan Jin dalam badan kita

Assalamualaikum to all bloggy....
Menjadi kebiasaan kita mendengar, atau melihat saudara mara, sahabat kita terkena, dirasuk oleh jin, saka, dan histeria. Pendapat saya, perkara ini tidak lah boleh dipandang sinis bajet zaman Samsung Galaxy Tab, maka hilang lah cerita hantu, jin bagai. Silap-silap jin zaman sekarang pun tahu guna i pad. Selalunya bila perkara ni jadi dekat diri kita baru kita terbuntang biji mata. cerita yang agak ngeri pengalaman yang ada depan mata saya ialah melihat pasangan yang bertunang diganggu. oho  ngeri!!!..yang lelakinya selalu melihat kelibat, ditindih ketika hendak tidur, sakit-sakit badan dan banyak lagi yang menganggunya. Pasangannya pula setiap kali datang bulan, badannya banyak kesan lebam-lebam. pasangan ini masih dalam proses merawat. Menurut perawat, ada yang menghantar jin untuk memisahkan mereka berdua. Nauzubillah..... Semoga jodoh mereka berpanjangan. Disini ingin saya kongsikan serba sedikit cara untuk kita mengelakkan perkara ini. InsyaALLAH

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.











Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka




SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.


Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
  
kredit to http://wanwma.com/agama/ujian-mengesan-jin-dalam-badan-anda/

No comments:

Post a Comment