Monday, October 4, 2010

Vol 7- Awak Hero Saya..

Memori 2-3 Oktober 2010

Saat kami tedampar di Bandar Raub,
Besama Keropok kacang peas dan sebotol mineral water,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Tapi aku tahu..pandangan kau mengatakan aku untukmu.

Lihat lah ke dalam anak mataku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Walaupun ini peluang kedua untuk kita berdua,
Namun,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Terasa benar kau hero aku,
saat kau panjat pokok jambu dan memetik satu untukku,
saat kau bergayut menyangkung di atas dahan pokok itu,
lantas, aku ketawa gila sambil menyuapkan buah jambu ke mulutmu,
Sememangnya.......
Aku mahu selalu menyuapkan buah jambu ke mulut itu,


Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..
Allah......berkatilah perjalananku dan heroku....




2 comments:

  1. pandai ko bersajak...sajak ke? or gurindam? pape la...tp ko mmg pandai menulis...MANTAP!

    ReplyDelete
  2. hahahaha........gua lg kagum dgn hasil penulisan ko........xda pape latuh....saje ske2 mengayat....ahahha

    ReplyDelete