Monday, August 19, 2013

Resepi Choclate chips Cookies rangup, cair di dalam.

Salam bloggy....

Trademark harini ialah *SENANG * SEDAP *

Bulan puasa hari tu tekak dok mengidam la cookies kat famous amos yang marveles tu...Nak pergi beli asyik tidak kesampaian, masa dok UKM dulu boleh la lari jap pergi Alamanda, sekarang dah stay semenyih, terasa jauh sangat nak ke Alamanda tu.Gamaknye dok la cari-cari resepi dekat internet. Tapi buat-buat, cookies saya jadi keras, tak rangup and tak crunchy...kena gentel comel-comel baru rangup, pulak tu manis sangat...ngilu gigi nak makan. SADIS OK!! Saya memang tak mahir bab-bab baking ni...ada je tak kena. Tetapi otak dok la gigih nak buat lagi.

Masa hari raya haritu, memang mata dok cari cookies je dalam telap raya orang...nak cari resepi terbaik la konon.he. Sekali, makan kat rumah cousin di Jempol...FUHH...terbaikkk!!! Korek punya korek, rupa-rupanya, saya perlu tambah tepung jagung dan oat, baru crunchy....tarrra..dapatla resepi ni..... Cuba tau...memang terasa coklat cip cair di dalam. InsyaALLAH jadi punya.

Bahan utama ini dia..wajib guna oat dan Coklat Cip jenama Hershey's, baru terasa cair di dalam, dan rangup. Biar mahal janji puas hati.

  He we go.....!!


 Bahan- bahannya:

1)1 suku cawan tepung gandum.
2)  1 suku cawan tepung jagung (untuk bagi rangup).
 3) 1 cawan gula perang .
4)250g buttercup (jenama lain pun takpa).
5)1 biji telur grade apa-apa je.
6)1 sudu teh esen vanilla
7)1 sudu teh baking powder
8)1 sudu teh soda bikarbonat
9)2 cawan chocolate chips Hersheys 
10). 1 cawan Oat
11) 1 cawan badam ( di goreng tanpa minyak, letak banyak badam pun takpe...he sedap!)

Dan boleh tambah serbuk koko dalam 1/2 cawan bagi siapa yang nak warna cookiesnya gelap, yang 2nd try saya tak letak sebab nak nampakkan chips yang tertonggok atas cookies, baru GEMPAK.he

Caranya:



1. Tepung gandum, tepung jagung, baking powder, sodabikarbonate dan serbuk koko (bagi siapa yang guna serbuk koko) = AYAKKAN, CAMPUR DALAM 1 BEKAS, GAUL RATA, LETAK TEPI.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy....warna pun jadi cream nanti.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati, rata dan sebati. Dalam 3, 4 minit.
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk. Gaul bagi rata dan sebati.
6. Masukkan badam, chocolate chips pulak. Adun ikut pusingan jam sampai sebati.
7. Saya biarkan dalam peti sejuk selama 10-15 min bagi semua betul-betul sebati.

Adunan akan jadi cantik, tak melekat sangat seperti ini :
Make sure masukkan tepung sikit-sikit dan tengok adunan macam mana...buat comel-comel dan tekan sukit guna garpu, nak bagi ilusi yang menarik...susun atas tempat pembakar yang macam dulang, jangan susun atas jaring-jaring tu sebab waktu cookies panas dalam oven dia akan jadi lembut sangat,. Saya dah kena time yang 1st try, habis jatuh kat cela-celah jaring semua cookies yang dibentuk tu .

Jangan letak atas jaring macam ni tau

Then, Pre-heat oven dalam 10 minit dengan suhu 160 celcius, jangan panas sangat nanti hangit. Saya guna oven api bawah  sahaja, nak bagi cookies lawa. Bakar dalam 15 minit. Lepas 15 minit, hati-hati waktu sodok cookies tu, sebab dia masih lembut, biarkan sejuk dan mengeras dengan sendiri dekat tepi dalam 3-4 minit. Finally, macam ni la hasilnya. 
Chips hersheys cair didalam.


Selamat Mencuba ye

No comments:

Post a Comment