Thursday, August 22, 2013

Guru Tuisyen Boleh Kaya


Assalamualaikum dear bloggy...


Trademark for today :  *Lillahitaala*Passion*Work Hard*Success*

Home Tutor (ajar murid dekat rumah dia) dan Guru Tuisyen sepenuh masa. Itu adalah kerjaya saya sekarang. Siang di rumah, malam mengajar. Passion untuk mengajar budak-budak masih menebal. Tebal kalah kasut wedges Anis (adik yang membesar dengan kejelitaan tersendiri).. 1jam saya dibayar oleh pusat tuisyen RM20-RM40 ikut peringkat umur.

Saya percaya untuk berjaya dalam hidup adalah bukan suatu yang mudah, rezeki ada di mana-mana, kena USAHA. Saya selalu terfikir dan sentiasa berfikir, bagaimana mahu kaya dengan berniaga walaupun hanya jual jambu di hadapan sekolah. Why not kan? janji kita ada Passion. 

Berbekalkan sekeping ijazah dan boleh mendapat pekerjaan yang hanya gaji 1K-2K, duduk di bandar. Kerja stress, stress dan stress. Lain la kerja gomen....Teringat kisah member yang pergi interview Pegawai Sains C41, baru-baru ni, akak senior yang dah berpengalaman 3 tahun dam bidang radioterapi dan masih belum tetap jawatan pon pergi interview sama, terfikir macamana kitorang yang freshy ni nak dapat jawatan elit tersebut...??? Semua tu rezeki.....

Roomate UKM saya pergi interview Pegawai Tadbir N41 di majlis perbandaran, pun sama. Orang-orang yang datang interview ada yang berpengalaman lebih 2 tahun, linkungan umur 26 tahun-28 tahun. Bagaimana kami yang freshy ni nak bersaing dengan mereka yang jauh lagi berpengalaman dan berketerampilan??? Semua itu rezeki.....

 Jangan mudah berputus asa dengan rezeki ALLAH......Rezeki Allah ada di mana-mana....

Dan atas desakan itu, saya begini sekarang... siapa sangka gaji seorang cikgu Tusiyen lebih 1K sebulan. Bukan tangga pendapatan yang dipandang, tapi ajar budak biar dapat. Semua kerja sama je, kalau asyik kira mileage sajo....takda keberkatan dekat situ. Niat kerja biar betul, Lillahitaala.

Saya selalu berniat dapat rezeki yang luas untuk bagi ma abah duit, bayar hutang PTPTN dan kumpul duit kahwin. FULLSTOP. Dengan kerjaya saya yang masih tunggang langgang ni, tapi hati saya bahagia, petang-petang tolong akak saya jual jambu di hadapan sekolah. Malam-malam ajar tuisyen... Sebulan hampir 2K saya boleh perolehi...Alhamdulillah. walaupun saya tiada slip gaji, Tapi siyez saya bahagia, sebab saya memang nak berniaga...Tengok sahaja orang Cina, suami pengurus kedai kopi, isteri jaga akauan, anak-anak jadi pekerja, walaupun hanya kedai kopi biasa, tetapi boleh sajo pakai kereta Mercedes. Oleh itu, saya merencanakan projek saya yang terbaru untuk masa depan saya iaitu : 



Masih dalam perangkaan, sebab saya memang tak mahu makan gaji........Mungkin lepas berkahwin saya boleh mengunakan skill menjahit. So tak perlu makan gaji.Wallahualam. So fresh graduate yang akan keluar secara lambakan dalam beberapa bulan lagi ni, kami yang dah grad setahun ni pun belum dapat kerja yang elit lagi, tapi jangan risau, akal ada...jana lah sebaiknya, asal tak menganggur mengabihkan boreh mak ayah. Salah satu jalan terbaik, pergilah mana-mana pusat tuisyen. Mereka sangat memerlukan cikgu yang komited dan berdedikasi disamping pendapatan lumayan. Jangan terkejut bila pendapatan sampingan dengan hanya menjadi cikgu tuisyen  atau home tutor adalah lebih dari gaji kerjaya sebenar kita. Yes, Its really happen. Kaya dunia, kaya akhirat InsyaALLAH.

Sumber akademi Infitah Bangi. Mohd Noor Mohd Tahir.

Dan sekiranya awak-awak takut untuk memulakan kerjaya sebagai cikgu tuisyen meh sini..

Gambar ini sama dengan situasi yang dihadapi oleh ramai orang diluar sana.

REALITI

"Saya bukan seorang guru atau pensyarah"

IDEA

"Saya ingin menjadi seorang Home Tutor"

Ramai orang akan mengambil masa untuk 'argue' dengan kata-kata orang lain mahupun kata-kata dari dalam diri sendiri.

Ramai juga yang telah berjaya dengan mengikut IDEA-IDEA yang positif dan bersesuaian dengan keadaan diri mereka dan jadilah mereka dengan apa yang mereka inginkan itu dengan izin Allah.


Sumber: Akademi Infitah: Mohd Noor Mohd Tahir
Semuanya berkaitan .. PASSION. Thanks bro Mohd Noor Mohd Tahir, bagi inspirasi pagi tadi.

No comments:

Post a Comment