Tuesday, December 21, 2010

Vol 23- MAkbulkah DOA kita?

Salam...

Dalam kita berduka ataupun bergembira..
betapa kita sering kali lupa..
siapa kita didunia ni...
sentiasa berdoa kepada 
DIA PENCIPTA YANG TERAGUNG..
adalah langkah untuk kita tidak tersesat
dalam cari arah tujuan hidup kita...
so..hari ni ..aku nak kongsikan 
untuk kita sama-sama
mencapai doa yang mustajab....
moga idop kita sehari-hari 
bertambah baik hendaknya....
InsyaAllah




BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:


1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 


2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap 
malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa 
kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”




3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidakditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” 


4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al- 
Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya 
adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” 

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam 
jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu 
melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan 
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.” 

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang 
bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. 
“Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” 

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” 

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan 
dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa 
tetapi tidak dimakbulkan.’” 

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”



sumber: mymetro

No comments:

Post a Comment