Sunday, December 19, 2010

Vol 21- Tenaga Nuklear di Tanah Airku...

Salam to all........

Welcome back to UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.....
Memulakan hari pertama dalam 
semester keempat  
ni dengan semangat yang jitu...
InsyaAllah....

pagi yang sangat murni ni...
aku disajikan dengan satu artikel tentang 
Tenaga Nuklear dekat Malaysia nih...
Almaklumlah...
selama ni memamg aku x terpikir nak 
bergelumang dengan pejadah Nuklear suma ni....
dalam otak tepikir..
nuclear is BOM...
yang kuarkan bende beradioaktif yang sangat bahaya
lasty.....

baru taw sekarang betapa
Nuklear  tak sehina yang dfikirkan
bukan bom semata...ahhh..
ak still igt dlu time 
pak sedara,mak sedara, tok sedara angkat sume
dok tanyew...."amik ape kat UKM"..
ala2 yakinnya aku jawab
"Nuklear...Sains Nuklear"
dan dengan semangatnyew dowang berkata..
"oH!! nanti buat bom la ye....boleh bom Israel..!!!"

uhu..memang murni betol niat tersebut..
bom Israel yang da jahanamkan 
negara-neraga SAUDARA ISlAM AKU....
tapi....
adakah pak sedara,mak sedara, tok sedara angkat 
aku tu taw..
.nuklear bukan sekadar buat bom....
nuklear sebenarnya adalah sumber tenaga.....
yang sangat2 berguna..
tenaga tu untuk ape?????
Tenaga sgt la penting tok 
generate electricity..
yer ar..camno lak nak idop elektrik xdo...
kte bukan dalam zaman penjajah lagi....
why nuclear??kan bahaya.....

yang aku still ingat lagi ajaran 
pensyarah aku..Dr. Khoo Kok Siong..
yang sangat gentle..he
kte memerlukan bergelen2 air
 tok generate 1watt tenaga..
tapi kte hanya memerlukan
 terlalu sedikit uranium 
tok hasilkan berjta-juta watt tenaga elektrik...
aha??????
pikir la sendiri betapa banyaknya benefit  die..

so kat sini aku bawakan 
artikel sarapan aku pagi yang mulia ni.....
n artikel ni membawa sket rasa excited 
dalam diri yang kerdil ini.....
Jom baca sesame..........


....................................................




Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga. 

nuclear power plant reactor fusion 040309 02Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan. 

Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat tentang keperluan sedemikian. 

"Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. 

nuclear power plant reactor fusion 040309 01Gas menyumbang 64 peratus kepada penjanaan tenaga negara manakala selebihnya disumbangkan oleh arang batu. 

"Kita mesti elakkan ini. Ini amat tidak seimbang. Kita mahu hidro memainkan peranan utama kerana ia bersih tetapi ini hanya boleh dicapai di Sabah dan Sarawak yang ada banyak potensi, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia," katanya.

Selain itu, kata Chin, sumber-sumber tenaga lain seperti biojisim dan angin terlalu sedikit, manakala tenaga suria merupakan potensi yang baik tetapi teknologinya masih terlalu mahal. 

"Biojisim dan angin, terlalu sedikit. Melainkan dan hingga tenaga suria boleh diperbaharui menjadi cukup besar, tenaga begitu hanya menambah (kepada apa yang kita sedia ada) kerana kita tidak boleh menjana banyak tenaga (suria)disebabkan oleh kosnya yang tinggi," tegas beliau. 

NONEChin juga berkata kerajaan perlu ada pendekatan seimbang terhadap tenaga boleh diperbaharui kerana ia tidak mahu tarif meningkat disebabkan oleh kos yang tinggi. 

"Memanglah, semua orang mahukan tenaga boleh diperbaharui, tetapi kosnya? Bolehkah kita paksa orang menerima kenaikan tarif? Kita perlu kaji cara yang seimbang, itulah sebabnya kita tidak boleh bergantung kepada bahan api fosil semata-mata," katanya. 
Chin berkata nuklear menjadi pilihan yang semakin penting dalam mengimbangi sumber tenaga disebabkan kos penyenggaraannya dan tarifnya yang lebih rendah dalam jangka panjang. 

"Contohnya, di Abu Dhabi, mereka sedang membina loji tenaga suria yang besar-besar tetapi pada masa yang sama mengimbanginya dengan loji nuklear. Mereka tidak hanya memberi tumpuan kepada bahan api fosil," kata Chin. 

nuclear power plantMalaysia memulakan operasi reaktor penyelidikan Triga 1 MW sejak 1982 dan mempunyai perjanjian perlindungan nuklear antarabangsa sejak 1972.

Baru-baru ini, Malaysia juga memperketat undang-undang kawalan eksport untuk mencegah kemungkinan berlaku penyeludupan teknologi nuklear.



SUMBER:Malaysiakini.com




P/S: Aku doakan negara aku yang tercinta ni..akan berjaya menjana tenaga nuklear satu hari nanti..sekurang-kurangnya aku bolehlah jugak menyumbang sedikit ilmu dan tenaga tulang 4 kerat aku tok same2 membangunkan tenaga nuklear ni dekat Malaysia...amiiiiinnnnnnnnn

No comments:

Post a Comment