Monday, December 19, 2011

Cara Mengesan Jin dalam badan kita

Assalamualaikum to all bloggy....
Menjadi kebiasaan kita mendengar, atau melihat saudara mara, sahabat kita terkena, dirasuk oleh jin, saka, dan histeria. Pendapat saya, perkara ini tidak lah boleh dipandang sinis bajet zaman Samsung Galaxy Tab, maka hilang lah cerita hantu, jin bagai. Silap-silap jin zaman sekarang pun tahu guna i pad. Selalunya bila perkara ni jadi dekat diri kita baru kita terbuntang biji mata. cerita yang agak ngeri pengalaman yang ada depan mata saya ialah melihat pasangan yang bertunang diganggu. oho  ngeri!!!..yang lelakinya selalu melihat kelibat, ditindih ketika hendak tidur, sakit-sakit badan dan banyak lagi yang menganggunya. Pasangannya pula setiap kali datang bulan, badannya banyak kesan lebam-lebam. pasangan ini masih dalam proses merawat. Menurut perawat, ada yang menghantar jin untuk memisahkan mereka berdua. Nauzubillah..... Semoga jodoh mereka berpanjangan. Disini ingin saya kongsikan serba sedikit cara untuk kita mengelakkan perkara ini. InsyaALLAH

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.











Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka




SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.


Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
  
kredit to http://wanwma.com/agama/ujian-mengesan-jin-dalam-badan-anda/

CREATIVE PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum

wohoa!!! saya mendapat asingment baru untuk subjek photography.
 "ok kamu semua kena amik gambar bedasarkan tema creative photography" DR ARIF

Okey saya perlu mencari idea. saya bukanlah seorang photography yang profesional just boleh snap sana snap sini, then dapat la shoot yang menangis bila orang melihatnya. Bak kata Dr Arif, pensyarah photography saya,biar gambar yang kita snap tersebut dapat meruntun jiwa orang yang melihat. Berikut adalah antara creative photograph yang menikam jiwa saya sebagai pencinta seni dan yang lagi penting,saya mampu snap gambar seperi itu.. >.<

AMAZING!! ALLAH MAHA BESAR. itu yang dapat aku ungkapkan dari gambar ni

simple but meaningful ideas.
CREATIVE!!! hanya perlu menggunakan cermin mata atok ku sahaja.


pic ni  tak la cantik mana, tapi CREATIVE


 

Saturday, June 25, 2011

Anak-Anak Setan

Assalamualaikum..peace to all dear.....

Bicara Sesekali bukan bermakna lupa...
ada ingatan sebenarnya..
mencari masa dalam usia...
aku masih mempelajarinya....

Sedetik usia kita meningkat ..terlalu banyak dosa-dosa yang kita berjaya lakukan...."BERJAYAKAH KITA?????????"
Rupanya semakin berani kita mau ke neraka...Nauzubillah
Ya Allah..
Ampunilah Dosa kami Ya Allah..

Apa Cerita terbaru ni...lama sudah aku tak bertemu Mr. blog ni...
ada cerita yang mau aku bicarakan....

ANAK-ANAK SETAN....

Satu hari adikku yang tersayang...yang baru je turun dari van sekolahnya..
 riuh bercerita..
sakit jantung aku sejenak.....

" Kak Yuz...adik nampak akak dgn abang tu lagi...
duduk bawah tangga blok A,
abang tu pegang-pegang bawah tudung akak tu...
akak tu da la pakai tudung pendek....
eeee....apa diorang buat tu.....gelinya.."

Ya Allah..pemandangan apa yang adik aku dah tengok ni....ROSAK!!..
aku tak sanggup nak katakan 'akak' dan 'abang' yang adik aku maksudkan tu.." ANAK-anak SETAN"....tapi itu realitinya.....
Anak-anak di akhir zaman..

Adik aku baru berusia 11 tahun..kakak dan abang yang dia maksudkan..adalah pelajar sekolah rendah yang baru je berusia 12 tahun....MasyaAllah..UPSR pun tak lepas lagi...

Siapa silap..mana silapnya??..ibu kah  yang tidak pandai didik?..bapakah yang tak cukup bagi nafkah..??
Atau pengaruh kawan...atau lebih tepat lagi...NAFSU...SYAITAN.....SETAN...

Pakwe dok rayu2..awak yang ustazah kalau dirayu 24 jam pun boleh tergadai maruah kalau takda benteng iman yang kukuh...

Entengkah perkara ini...????
Aku sangat sayang anak-anak bangsa aku...
sedih...aku sdih dengar benda-benda macam ni.......

Bila aku part time dekat sekolah tadika Islam ni....banyak benda yang aku belajar selain aku mengajar...
anak-anak zaman sekarang semakin jauh dengan akhirat...
banayak depa tau.. BEN 10, Transformer, Upin Ipin...

taukah mereka alif ba ta...syurga neraka...batas pergaulan..lelaki perempuan tak boleh bersentuhan selagi tiada ikatan...

Sungguh aku terasa anak-anak kecil walaupun berusia 3,4,5, atau 6 tahun
sangat perlu didikan agama yang mantap.......SANGAT PERLU...
sebab kelak depa kena tempuh macam-maca cerita DUNIA....
jalan neraka..atau jalan ke syurga.....
anak-anak kecil...
anak-anak di akhir zaman
ANAK-ANAK KITA....
yang akan memimpin negara kelak...
yang akan doakan kita bila kita dok sesorang dlam lubang kubur nanti....

Ya Allah ..Hidup dan mati kami Hanya UNTUKMU YA ALLAH...
KURNIAKAN KAMI HIDAYAH..KEKUATAN MENEMPUH HIDUP KAMI YA ALLAH..
KURNIAKAN KAMI KEKUATAN MELAWAN NAFSU NURJANA INI..
JADIKAN ANAK_ANAK BANGSA KAMI ..
INSAN YANG BERAKHLAK..
INSAN YANG MULIA...
YANG MEMBAWA AGAMA-MU YA ALLAH...
AMIIIN YA RABB





Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum to all blogy..

Apa cerita sekarang bro?  Rasa syiok pulak melayan lagu arctic monkeys ni _bet you look good on the dance floor....
Best wo lagu-lagu old skul ni..
aku paling giler fluorescent adolescent..fuh!!! terbaekk..

ok2 kita berbalik pada tajuk berita utama.. Hari ini hari ketujuh aku bergelar sebagai cikgu tadika kat sebuah tadika Islam Al Hidayah. 
Sempana cuti sem yang hampir 5 bulan ..daripada aku dok menambah berat badan aku lagi baik aku mengumpul duit kawin..aha??
 xda la…kumpul duit buat tesis sem depan..aiceh..bajet kot!!


Untuk hari ketujuh ni..jiwa aku masih tersentuh macam semalam…apa ni mek???touching2 nih…jiwa aku yang halus lagi kental ni cair kot tengok anak-anak kecil yang berumur sekitar 3-6 tahun..( MAK!!! SANGAT COMEL!!!) lancar membaca doa iftitah…surah al-Fatihah,  solat denagn penuh semangat!!.. 

oh hati nuranikku sangat tersentuh….
Jauh dalam hati aku berdoa insan-insan kecil ini terus menjadi muslim yang berdiri teguh pada syariat Islam..
jadi orang yang benar2 berjiwa insan ..aku respect kot kat tadika ni..seimbang..bab akademik cun..agama pun cun..
solat zohor, asar, cara mengambil wuduq, doa-doa semua di ajar dengan teliti. 
BRAVO TEACHER ZAITON yang mengasaskan tadika ni…
Semasa hari pertama aku berkerja…aku hampir gak panic berpeluh..sebab tengah-tengah solat ketika sujud rakaat ketiga tiba-tiba ada anak murid aku ATHIRAH tiba-tiba tak bangun-bangun dari sujud.. 

Baik punya die sujud panjang kan..kawan-kawan yang lain semua dah nak masuk sujud kedua..mula-mula aku baik la sentuh bahu dia…tapi haish.. tak bangun gak…aku pun angkat la badan die…MAK AI!!!!! TIDO kot…

siap telentok-lentol lagi kepala dia….alahai ciiannnnye die musyuk anak murid teacher…….hari ni pon ada yang tersenggok-senggok..alahai ciaannn…tapi teacher tak boleh  bagi muka kat awak-awak semua…kalau teacher bagi jugak awak-awak tido…..nanti awak-awak tak tau nak solat …..awak-awak tak boleh jadi muslim yang tinggi darjat di sisi Allah kalau tak pandai solat….anak-anak teacher Husna nak jadii pandai kan????????......nak masuk syurga kan….mesti kena pandai solat ok…..baik teacher!!!!
atirah yg dok depan sekali bertudung putih tu.....suke die...sgt semangat bile blajar

Actually, aku sangat enjoy dengan profesion sementara aku ni…hope aku dapat mengabiskan cuti sem aku yang selama 4 bulan ni dengan penuh MERIAHHHH!!!!!!!!!....muaahhh u ollz….muahh anak-anak murid teacher…...

Aku ase masih sempat gak aku ucapkan Selamat Hari Guru bwat insan2 yg banyak berjasa mendidik aku sejak zaman hingusan aku hingga aku menjejak kaki ke UKM TERCHENTA ni....jasa2 kamu semua hanya Allah yang bisa membalasnya....

By The Way..ahah...tak ketinggalan Cik Husna pon dapat hadiah gak..walaupun baru sgt keje kat tadika tu... I berjaya kumpul kan 3 bag besar hadiah u!!! muhahaha...arigato!!!!!!! Teacher akan semangat lagu mengajar kamu-kamu semua ye...InsyAllah

Ye Ye saya dapat hadiah...he


Anyway...Nothing much to say..only that...be Ikhlas with our job.. facing everyting around us with lot of L.O.V.E.....

SAYA SUKA APA YA  Ø¦Ø§Ø£Ø£Ø£Ø£{{{

Tuesday, April 26, 2011

Vol 45 : Betul ke MATA boleh Cerita SEGALANYA ?

mata melambangkan perasaan?? betol ke ?

ASSALAMUALAIKUM
DEAR BLOGY..

" Awak ada masalah ke Yuz??" diam sejenak...
" Saya nampak dari mata awak....."

Macamana ye nak sorok kan mata kalau sampai orang boleh baca perasaan kita ,dari mata kita.
Takkan nak cabut biji mata sorok dalam poket kot. Mata menzahirkan segala-galanya...uh macam scary je bunyinya..

Aku dapat soalan tu dari Sifu silat ku...Cikgu Lan..lepak-lepak kat opis die..sekali diterjah dengan soalan yang sangat direct tu...oh no!! macamana nak sorok nih...terbejat  akal aku.....corner sana corner sini..dapat la sorokkan ..
sikit...

Then....aku tak puas hati la...macamna nih...
sampai orang boleh baca mata kita...
 Aku tanya roomate aku...betul ke  orang boleh baca perasaan kita dari mata??...

"YEZ!! mata boleh ceritakan segala-galanya. Cukup dengan pandangan..."

Yakin je Cik Ekin ni jawap....hehe..ye...aku percaya ...tapi aku masih tak puas hati la....

Kenapa la mudah sangat orang 
baca mata aku ni...
ayoooo...
x puas hati betol sampai sekarang...

Uh..n3 kali ni saja je..nak relax jap dari studi..takda info yang berguna pun..hahaha...tapi aku ada satu pic yang sangat aku suka...
 relate dengan mata...



Jika seseorang hamba Allah tidak lagi menangis kerana takut dngan kekuasaan Allah...Justeru menangislah kerana KETIDAKMAMPUAN itu....SubhanaAllah

P/s: Dedicate to Mr. Nik Lan Nik Mat...http://hahantu.blogspot.com/..hahhahaha...orang time exam pun still leh wat n3 la....bangga nih!!!..mesti ko Bengang kan...hekhek






Monday, April 18, 2011

Vol 44 : Lorong PALING LAJU adalah untuk penunggang MOTORSIKAL


Salam to dear blogy..

AKU SEORANG PENUNGGANG MOTORSIKAL...

 

Aku
bukan macam ni...
penunggang yang takda akal ....
( walaupun kekadang naik gak bertiga....kalo da urgent..lagi-lagi time dah lambat nak g silat kat DECTAR )...
tapi..kadang2...aku rase nak jadi penunggang yang macam gini...


Biar semua pemandu di jalanraya nampak aku...kalu nak langgar or TER langgar jugak aku tak pastilah...pemandu tu buta warna agaknya..yang penting...

AKU ADALAH PEMANDU MOTORSIKAL YANG BERHEMAT...(nada serius)

TETAPI...kalau lah...jalan raya dok sesak macam gini......


Oleh Demikian?? Apa yang akan dilakukan oleh kami-kami si penunggang yang tegar ni?
" menyelit.."..PASTI la...
SALAH KE????
oh sure tidak...time aku amik lesen motor dulu..dalam ceramah yang 5 Jam tu..takda pulak cakap pemandu motorsikal dilarang sama sekali menyelit time kesesakan lalulintas berlaku....

NI aku katakan time aku dok ulang alik bermotorsikal dari rumah ke UKM makan masa dalam 50 minit kalau slow macam siput...35 minit kalau pemanduan moderate aje..and makan masa 20 minit kalau bawak motor bikin macam jalan raya atok aku yang punya...dek kerana aku suka balik UKM awal pagi Isnin..( kelas start 8.00 am)..so u ollz rase aku bawak pada tahap mana??...


PASTILA....
memandangkan time2 gitu ,which around 7am-8am aku tengok penunggang semuanya macam nak ajak belumba je ...lagi-lagi time dekat traffic light....dalam hati aku fikir semua penunggang motor ni nak sampai awai kat tempat keja depa kot...
yang pasti..awal pagi susah betol kelihatan penunggang WANITA except depa dok jadi pembonceng untuk suami yang tercinta...so dalam hati aku ada jugak rasa cuak..kiri kanan lelaki...oh fenomena ni aku perhatikan sejak dulu lagi...( masa zaman sekolah...aku selalu TEMAN mak aku pi pasar waktu subuh-subuh...aku yang bawak motor ye..)

see...sorang ja pempuan yang dok depan nuh...

Even dari Selayang- Bangi pon ( makan masa 1 jam kalau aku la yang bawak motor)...kalau aku menunggang waktu pagi-pagi around 6.30am...MASYALLAH....jalan punya la jam...tu takdak apa  lagi..tapi dek kerana jalan dari Selayang Ke Bangi adalah straight aje...so aku akan amik lane yang paling laju..means paling kanan...oho...dat time aku terpikir... 


" Oh lorong paling laju untuk penunggang Motorsikal upenye...."...SEYEZ 

Em...dat time jugak pasti la aku tidak akan sama sekali bawak motor macam siput....cecah 100 gak meter...nape...sebab aku kene fight dengan BMW...pejadah semua nama kereta yang ikut lane tu...semua laju-laju...so sangat bahaya kalau aku jadi siput....dan bukan aku sorang....ramai lagi penunggang macam aku...

Tapi aku tetap..tau 
nyawa aku kat ujung tayar je...once handle motor aku lari sket...and at the same time keta yang laju2 tuh betol2 speed belakang aku....uh.........SELAMAT..

Yang paling Penting...teknik pemanduan aku seharusnya berwaspada...bak kata abang aku...

" Jari hang kena selalu kat hon...time hang menyelit tuh...nampak ja keta yang lain macam...hang hon ja....depa bukan nampak hang pon...blinde spot tu...jangan nak dok terkial-kial...terhegeh-hegeh...pempuan ni kalau bawak motor...lembik...n bla bla bla...."

BAEK BRO!!!

So .. kepada penunggang motorsikal lain...especially GEGURL....beware ok....jangan jadi penunggang yang lembik...
 and one more...





Thursday, April 14, 2011

Vol 42 : Kartun dan STUDY...sama je penting

Salam to dear all blogy...

Kabare??waras...syiok betol 2 3 harini...hujan je memanjang..mood studi aku pun jadi macam hujan..kejap lebat..kejap renyai-renyai..pastu betukar jadi panas ..siap ada pelangi gitu...hikhikhik..apa2 pun..BERSYUKUR KURNIAAN TUHAN. So dekat sini aku nak beritahu la...yang tadi hujan lebat....dan sekali lagi aku tengok bertapa bezznya roomate aku berlayar ke kayangan (dia baru habis exam...penat sangat la tu...ciaann die) aku pon dengan tegarnya bangun dari kamar yang indah nan empok tuh...AYUH STUDIIIII !!!! 

TEGAR??...so aku tabik sket kat diri aku...hahahah..sket je...bergegas aku hambek note FIZIK KESIHATAN...uh lecture by MY GORGEOUS lecturer..( tetige lecturer yg ngaja aku subject ni aku SUKA~~wink~~)tapi.......uh ada tapi ....perlahan-lahan aku bukak pintu bilik bersama genggaman note ..bajet tak nak la ganggu kekosentrasian roomateku..aku keluar dari bilik...belepuuupppp....aku dok menyembamkan diriku di sofa yang jerahak..jeng3!!!!! aku dok depan T.V.....T.V Ok...hehehe..dok hostel nih kalu sesekali dapat ngadap t.v...memang superb best...hukhuk..

Em...chanel ape yek bez petang2 ni...malas nak tengok drama...em...eh kartun...mata aku agak bersinar..eh cute la pulop....so wut??? aku memang gilarr kartun sejak azali lagi..mata ada dua biji..so aku gunakan kedua-duanya...sebelah mata tengok tv...sebelah lagi bca note...so aku sangat bagus kan.....ngiaa~~~

Aduuii...sori la...termeleret pulak intro cik mek kiah nih....so aku nak story sket pasal kartun yang wat aku leka(ish3!! lagha~~~)jap tadi...

tarra...ni die...
KID VERSUS KAT__TV9

Ngeh3!!~~ 1st tima aku tengok kartun nih..em..memula bajet nak tengok-tengok sekilas je la...note depan mata lagi penting..bajet konon~~...sekali..OH NO MAN!!! kartun ni menggoda aku tok tidak berkilas walau sesaat pun dari muka televisyen tuh!!..ahahaha...aksi si KID tuh..bergaduh dengan kucin yang agak-agak cute..best kot..ada saje trick masing-masing..ala2 cita Tom n Jerry la...tapi ni manusia dengan haiwan...mula2 aku dok la pikio..pekehe la budok nih nak gaduh dengan kucing...ateh???..hooo....upenyew...KUCING TU MEMANG SANGAT LA JAHAT...AKU GERAM SUNGGUH DENGAN KUCING TUH!!!!!!!!!!...hahaha...ops..ayuz da emo...GERAM SANGAT..kucing tu bajet baeekk je depan tuan die..( Adik gegurl si kid )..mata besinar-sinar minta belas kasihan tuan die....tapi belakang tuan die....GILA DURJANA !!!...hahaha..aku bukannya gelak guling-guling tengok kartun nih...tap kening aku dok berkerut-kerut tahan amarah...oho???
tapi ...cita ni still bagus untuk tontonan orang yang macam aku...yang bajet nak studi tapi buka tv.....sebenanyar aku ngadap t.v aku sedang mencari mood nak studi...hakhakhak

dek kerana aku geram dengan kucing tuh..tetiba aku terpikir cerita BOBOIBOY....SANGAT COMEL~~~uh!! jauh lagi bagus cerita MELAYU BOBOIBOY tuh...( aku sangat support produk Malaysia ok) 1st tengok iklan dia..oh im in luvvv..ahahhak...

comel kan.......hikhikhik...dapat anak kembar macam nih macam bez je...erkk~

"Ha ...bagusla da ada tiga orang nih...sorang sapu sampah..sorang bla bla bla..." ala2 gitu la bunyik kata2 atok boboi tuh (iklan)...memang aku bantai gelak puaka la time tengok iklan tu....tak sabar nak tunggu hari ahad nih!!

Sekarang ni zaman makin maju...produk animasi dari Malaysia pun da sangat bagus......korang tak caya??......meh sini baca ape Berita Harian kata..

Mengulas lanjut, Nizam berkata, Malaysia sudah sampai di taraf antarabangsa atau Hollywood cuma faktor bajet boleh mengehadkan kualiti dan pencapaian teknikal. 

“Kita dapat lihat syarikat gergasi di arena antarabangsa mula mencari animasi 
di Malaysia kerana pencapaian mutu kandungan dan teknikal kita,” katanya.

Oleh itu, untuk lebih maju ke depan bantuan kewangan dan penerokaan pasaran antarabangsa bagi mendapat pulangan yang lebih tinggi dijadikan modal untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih tinggi. 

“Kami bernasib baik apabila menerima geran Multimedia Development Corporation (MDeC) bernilai RM1.96 juta melalui BCi2 Fund,” katanya.

Boboiboy juga kini sudah disunting saluran TV kanak-kanak antarabangsa popular, Disney yang akan memulakan tayangannya Jun nanti menunjukkan Boboiboy bukan calang-calang animasi di pasaran.

“Disney Channel memang menitikberatkan mutu. Apabila mereka memilih untuk menyiarkan Boboiboy menerusi saluran mereka, ia satu pengiktirafan besar buat Malaysia dan industri animasinya yang masih di peringkat permulaan,” katanya.

Sejarah sejak lima tahun kebelakangan ini membuktikan syarikat tempatan berupaya menghasilkan kandungan kreatif bertaraf antarabangsa untuk pasaran global.

So dari petikan berita tersebut...aku sangat yakin dan support produk animasi dari Malaysia...yelah..dulu kita dok la ngadap kartun Usop Sontorian yang gigi pun berselepah...jalan pun..setapak makan masa seminit..nampak macam tidak berapa indah je mata ni memandang...pastu Kluang Man..Anak-anak Sidek..kartun Kacang...(kacang..kacang..kacang..ahha...aku suke kot lagu cita kacang tuh..)he...so pasni aku harap lagi macam-macam warna-warni la keluar dari industri nih....GO MALAYSIA!!!...

Tambahan n3 : Aku pasti..anak buah aku pun tak boleh challenge kegilaan aku tengok kartun ni..haritu si anje ni menggoda aku layan dvd Tinkerbell..OHH SO SWEET Dat story...really nice view...note fizik nuklear yang aku bawa balik rumah tah ilang pi dibawa arus Tinkerbell...sampai 2x pulak tuh aku tengok..sume anje punya PASAL!..hahaha.....

anje bucukk...Cayyaannggg acik yush selalu




Tuesday, April 12, 2011

Vol 41 : Geosains Pelancongan

Salam to dear blogy....

I think this is a really good information for those yang tercari-cari sumber nota subjek " Geosains Pelancongan" ...memandangkan esok jam 8.30 pagi ada paper nih...so aku sangat rajin nak jadikan n3 aku kali ini sedikit berilmiah..uhu..


Point of Comparison
Community Industry grown (Humanistic)
Machine Industry Group (Mechanistic)
Resource name
·         Geoasset
·         Mineral,aggregate,timber
Comsumption behavior of natural sources
·         Consumption of the midd (long-term utilization)
·         Consumption of the body (destructive exploitation)
Evaluation focus
·         Value
·         Price
Resources generation and element
·         Resources creates for element
·         Demand for resources extraction
Internal and external control
·         Push for control resources value
·         Pull by control of resources price
Consideration for ecosystem service
·         Built into geoasset resources evaluation
·         Need (mitigation) measure for loss of some important service
Landscape preservation
·         Priority conservation of visual resources
·         Significant visual disfiguration of landscape
Resources and consumer mobility
·         Consumer to resources (site or formation)
·         Resources,from a site of formation to consumer
Nature of resources utilization
·         Knowledge mining
·         Material mining/extraction
Ownership of resources
·         Permanent reserve conservation for community,district state in nation
·         Non-permanent property by individual company,state and nation enterprise
Economic component for wealth generation
·         Creativity
·         Conformity
Capitilization
·         Natural investment capital
·          


thanks to syatirah ismail bg note ni