Sunday, March 27, 2011

Vol 38 : Perit ke bahagia bercinta ni?

Salam ..to dear blogy...

Apa khabar semua?? sihatkah anda semua tika dan saat ini..malam ni..syahdu je saya rasakan..hati  melonjak-lonjak terasa mahu berbicara tentang cinta yang menyakitkan..kisah cinta yang bermasalah...penuh onak duri ranjau segala pancaroba...Bile saya dan dia boleh benar-benar bahagia???.....BUNYI MACAM ORANG KECEWA........oh,saya cuma terfikirkan lagu Faizal Tahir yang satu ni..."BERCINTA"..izinkan saya bercerita tentang lagu ini..." kalau salah  tafsiran..maaf ye wahai Encik F.T "



Lirik Bencinta - Faizal Tahir

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Pandangan saya: rangkap pertama ni kita dah nampak...bertapa dalam bercinta perlukan silent and listen...vice versa...means both of individual in coupling need silent and listen..tapi kadang-kadang..penat kita berbicara dari hati ke hati..tapi si dia take it easy...susah juga kalau dapat pasangan macam ni..kalau kita masih mahu hidup dengan dia ..wajiblah kita banyakkan bersabar...

kalau ikutkan saya ni...sememangnya dugaan dalam berkasihan terlalu banyak..cuba untuk bertenang...dan bersabar.....kita tidak perlu terburu-buru kerana bak kata encik Aus kepada saya saat saya tertanya-tanya jodoh antara kami.. "kalo kau ditakdirkan untuk aku, dan aku ditakdirkan untuk kau, tak kira apa pun halangan kita pasti bersama..semua kerja tuhan.." dan...saya cuba untuk redha dengan dugaan-dugaan yang digalas kini dan bakal menanti....kita semua pasti boleh...InsyaAllah..ok...kita sambung lagi lirik lagu ni...

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

PANDANGAN SAYA: Bertapa saat bercinta macam-macam perasaan yang bercampur dalam hati kita...kadang-kadang ada pasangan yang jenis tak mahu terus terang atau pun...TAK MAMPU hendak terus terang...ini pun penyakit yang agak bahaya dalam bercinta...kenapa agaknya???

yela...kita manusia biasa...walaupun kita dah label diri kita sebagai seorang yang memahami si dia....tapi kita masih tidak tahu apa yang sebenarnya terbuku dalam hati dia....apa yang patut kita buat...bagi saya, tidak perlu mendesak dia untuk menceritakan masalahnya...kalau dia benar sayang kan kita....dia pasti sedar siapa kita di sisi dia.........dia pasti akan cari kita juga nanti......ahha????? cubalah ...

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

PANDANGAN SAYA : macam perit sungguh makna bait-bait yang terakhir ni...tapi itu la yang kadang-kadang kita, saya rasakan....its realiti...kita manusia, dia manusia, kita semua sama-sama pernah buat silap....pernah sahabat saya katakan..

Farah : " ko kena solat istikharah..." 

me : " kite dah doa dah...macam ni bunyinya, Ya Allah..kalau dia tercipta untukku..kekalkan kami berdua hingga ke akhir hayat kami..jika dia bukan untuk ku...tarik lah dia dariku dalam keadaan aku tenang...."

Farah:..apa-apa pun kau kena buat solat istikharah juga...kalau dapat petunjuk at least kau boleh buat apa yang patut sebelum terlambat..."

Benar juga..........kita merancang..Tuhan yang tentukan...common statement tapi kita selalu lupa......lagi-lagi time kita perang besar dengan si dia... tidak cukup maki hamun segala apa semua benda haram disebutnya...Nauzubillah....lepas tu..senang sahaja putus....kita tak mahu macam ni...harapan untuk saya juga.....INGAT PESANAN SAYA SEBELUM INI.....bercinta sampai kahwin...


Thursday, March 24, 2011

Vol 37 : Kepulangan Dari seberang...Pulau PAngkor

batu menyerupai ikan paus.... sebatng pokok bersama cabang daun  seperti air yg memancut dari ats kepala ikan paus

Salam blogy

Kepulangan dari Pangkor Island beberapa hari yg lalu......bersama ahli-ahli kelab SGF UKM, membawa seribu kenangan yg tersemat....bertempat di Raudhah Camp

Sgt x kan dilupakan jumaat malam time cgu lan bagi ceramah rahsia dalam pergerakan silat...disamping abg shahril dan abg asran bersilat dalam gelap...feel+seram.....moge ilmu silat makin bertambah.......

seronok dapat naek bot...sampai hitam la muka walaupun pakai sunblock tebal 10 inci..


SubhanaALLAh...jumpa anak2 ikan yg kecil dalam berenang dalam kumpulan


yg aku terpesona kat pantai pangkor....byk buaian2 yg digantung tepi2 pantai....dan tali2 untuk bergayut...4 me its such nice view....macam akan memahatkan memori yg INDAH buat sesiapa sahaja yg p pantai ctu...even air kat pangkor agak kotor...tap kat pulau seberangnyew.BEZZZZ sgt...air jernih..







Penghayatan rimba a.k.a jungle trekking dalam renyai2 pon seronok..syahdu kot..walaupon ramai yg kene pacat ...tp bez....


Yang paling syok aku ase..time menikmati keindahan alam disekitar pulau....tgok batu yg menyerupai buaya...penyu dan ikan paus..seperti gmbar di permulaan n3..SubhanaAllah
Batu menyerupai buaya


bersantai di sekitar pantai pada jam +++ 11pm bersama anak-anak gelanggang yg laen juga satu kenangan yg sgt menyeronokkan.....
ukhwah di eratkan....otak masing2 gila belaka...pecah perot sepngjang jalan....sian lah asik kne je...ni antara org2 yg rapat dgn aku dalam kelab...dari kiri duduk ..abg salam,  tam, (dari kiri diri) lah, miza, abg din, faieza, hafzan, tiqa, fiza....
belajar menguruskan...penat+bez...hopefully semua yg g kem ni enjoy...n ukhwah kite2 semua bertambah erat....ahahahahha...

sebelum pulang pihak kem bawak kitorng pusing satu pulau....lalu area pantai bogak...uhu...kawasan cina...memg pekan org cina...tp di tengah2 pekan yg dikelilingi org cina...tiba2 aku ternampak sebuah masjid....syahdu kot melihat pemandangan tuh...dalam diam aku berdoa..

" YA Allah..terus makmurkan bumi MAlaysia ini dgn perpaduan yg utuh tanpa mengira bangsa dan agama...amiiin..." 

ade semngt patriotik sket disitu...hahahaha

i like LAUT
harap2 nwxt program dapat g LONDON pulak..............silat dalam salji..( nampak beno la muka aku sgt legam dek kerana sunburn.....)

Thursday, March 17, 2011

Vol 36 : Pangkor...please wait for me...........

Salam Blogy.........

MAU KE PANGKOR ISLAND..
YAHOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!
INSYALLAH BERTOLAK JAM 12PM NI...
BERSAMA KANAK2 RIANG SGF UKM....
MOGA SELAMAT P BALIK K.....

Wednesday, March 16, 2011

Vol 35 : "i've leave him for the sake of Allah"

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian 
itu lebih baik bagimu 
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu 
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , 
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal 
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata 
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. 
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]


Usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 
"Tuhan kami ialah Allah" 
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, 
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: 
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; 
dan gembirakanlah mereka 
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, 
maka mohonlah perlindungan kepada Allah. 
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]


Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa


Voul 34 : Teruskan BERMAKSIAT..jika Berjaya laksanakan 5 syarat ini..

AKU hamba Faqir..
Terlalu banyak DOSA dan NOda..
AKU malu pada MU ...
Aku HINA YA ALLAH..
Kirimkan aku kekuatan YA ALLAH........
Agar dapat ku sinarkan 
LAngkah kaki ini
dengan kasihnya Syariat ISLAM...
Tidak termampu aku 
berdiri tanpa hidayah MU ...
Tidak aku termampu 
Berada di satu kawasan tanpa ENGKAU dapat melihatku...
Tidak aku terdaya YA Allah...
Tanpa menjamah rezeki MU untuk terusku benafas di bumi MU ini Ya Allah...
Tiada kudratku Ya RABB...
Untuk ku tinggalkan bumi ini pergi jauh ke tempat lain...
Tidak dapat ku katakan.
ketika Malaikat Maut mahu mencabut nyawa ini
" Sekejap!!! wahai Malaikat Maut..aku mahu bertaubat dahulu"
Tidak juga dapat aku merayu 
Saat Malaikat Zabaniyah mengheretku ke neraka..
" Jangan!! aku tidak mahu mengikutmu .."
Sungguh aku tidak mampu melakukannya....
Terlalu kecil hina hamba ini.....
Ya Alllah..
Ampunilah Daku Ya Allah.....
Aku merayu TaubatMU .....
Aku Merayu.......

Thursday, March 10, 2011

Vol 33 : Kejadian di DECTAR

Salam blogy..............

Jam di lenovo kesayangan aku menunjukkan pukul 7.20 pm
Jap agi da azan maghrib..
So sempat ar aku menghapdet blog nih jap...uhu..
Masih terbawa2 semanagat lam tadi....all about silat...abis je shift aku kat kiosk tadi...kire2 jam 4.10pm. dgn menunggang ex5 semput tadi aku n cah menuju k dectar...ko wat ape petang2 kat dectar tu yuz.........????
he...bertemu sifu ku...Cikgu Lan...atas dasar nak bagi surat jemputan sebagai penceramah tok our next program ke PULAU PANGKOR next week...waitin 4 dat moment.....YAHOO!!!!!
sonok kot dok lepak ramai2 dgn cgu....( walaupun tadi hanye ade Cah, Capik nuke, n me..~~ramai ar tu an)...cite punya cite,....sekali cgu kua an 2 packet buah pala hiris..n yg jeruk punyew...SODAP!!! lamo den x ngaso....ehhehe..cikgu letak buah pala 2 dgn kepek apotah..(aku telan jew..hahahah) dkat sekeping kertas A4..makn lagi ramai2......
cite2 agi.......golak2......uhu...tetibe aku tepikir....cgu penah cakap...
" ada k pegawai universiti yg laen bleh lepak2 dgn awak2 student nih..."
..uhu...kami sgt betuah ade pembimbing mcm cikgu...really thanz cgu.....

So ape tujuan aku menaip n3 di petang hari ni....hahah....aku nk bgtw ...aku ade seorang guru di UNIVERSITI ni...yg sgt baek........tu jew.....k..da azan....AYUH SOLAT!!!!!


Wednesday, March 9, 2011

Vol 32: Would you CRY or DIE for me?


sumber: GOOGLE

Vol 31: Tips BECINTA sampai KAHWIN

Salam blogy...


Tips dibawah untuk pasangan yang menuju ke alam perkahwinan ye...dan untuk sesape yg masih tecari-cari tips mase bcinta....
Disini aku mau kongsi sket tips2 untuk relax2 je time becinta...ats dasar pengalaman yg ciput2....cewah


1) GIVE TIME....to each other...xperlu msg n call tiap2 ari..jmpe setiap ari...kerana bak kate buku "aku terima nikahnya.."..(lupe pulak name penulis die..maaaf!!!)..penyakit pasangan becinta adalah BOSAN..BOSAN..n BOSAN....senang..lepas bosan je..putus....kite x mau mcm tu..kite mau kekal sampai NIKAH...n HALAL...its ok ape kalo kamu buat2 x da kedit untuk seminggu..then tgok reaksi die...ataupun kamu buat bodo je seminggu x msg n x kol die....saya rase die akan lebih tecari2 kamu..and dat time die akan lebih menghargai kamu.....oh pesanan ni i dedicate to gegurl...hu..jual mahal sgt penting dalam pecintaan lagi2 untuk gegurl...saya masih belajar untuk terus jual mahal...( encik aus lebih mengerti..hahhaha)...saya sgt pasti..kalo sesekali jmpe lagi seronok...hu..yg pasti trust each other...ok


2) TOLONG PAHAM...macamane pon die...sifat memahami sgt penting....die x msg bukan maknenye die x igt...no....saat macam ni amalan dalam ISLAM iaitu bersangka baek sgt perlu...

3) JGN TERLALU MENJAGE+MENGONGKONG....die tido bakai boxer kaler ape pon xyah la nak tanye.....sume detail nak tw.....die blom jadi suami kite lagi ok...rahsia diri sendiri perlu ada....tapi dalam mase yg same...kne gak amik berat...tapi berpada-pada la...x kan tiap2 ari nak tanye 'ARINI U MAKAN APE YUNK??'...4 me...no need...bosan kot...PENYAKIT BOSAN SGT BAHAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!sekali  Lagi saye remind kat awk2 ye...

4) IKHLAS....ape yg kite lakukan untuk si dia..ikhlas tanpa mengharap balasan....jika balsan yang baek kite peroleh...itu benefit untuk kite....sebenanya tip yg ke-4 ni lebih sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin....tapi bleh je kite gne time becinta ni....

Cukup la 4 tips mau kekal becinta hingga alam perkahwinan..kalo ade lagi t saye kongsikan lagi yek...


Peringatan bersama untuk saye juge...kite cube terbaek k....he....Semoge jodo kite dipanjangkan dgn si dia...jika tiada jodo kite dan die mohon Allah tenangkan hati kite..kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaek untuk hambanya...InsyaAllah...

Vol 30: Silat Gayung Fatani UKM

Anual Grand Meeting  kelab 2010/2011

Salam blogy...


Ape cer???
uh.long time no see ha?? bz beno ke kamu yob?? ce cite ce cite....hahaha...aku xmo mengakuinya...yg peting 'KITE WAJIB ENJOY DGN LIFE KTE!!!!'.


Aku membawa agenda perkembangan life aku skrg....calo bete.Membawa kabar berite dimana aku memegang TANGGUNGJAWAB...AMANAH....Tanggungjawab ye puan2...kne tanggung n kne jawab untuk kelab yg sgt aku kasihani...KELAB SENI GAYUNG FATANI UKM...Memegang jawatn sebagai nYDP bagi sesi 2010/2011...bukanlah macam makan kacang cap pagoda...saat senior memberitahu akan perlantikan tesebut....termenung sejenak..bak kata cgu lan..sifu aku...


Menerima Sijil penghargaan dari cgu lan sebagai 
setiausaha kelab untuk sesi 2009/2010


' silat x mcm kelab2 kebudayaan yg laen...kite kene berlatih setiap minggu...' 


bunyi mcm x bape nk syokje an...tapi...hakikatnyew...ilmu silat sgt penting bg aku..sukar aku nak tafsirkan...secara ringkas..aku belajar life dalam silat...berdiri di kaki sendiri, berani mencuba, say no too takot, leadership, semangat ukhwah, berdamping dgn guru, syg kan ilmu..byk agi yg aku belajar....yup..im in luv..in luv dgn ukhwah dalam silat....tanpa disedari...cgu lan mendidik kami semua dgn semangt ukhwah....semangat cintakan bangsa MELAYU..BUDAYA MELAYU...iaitu..silat..bak kate cgu lan...


"silat gayung fatani tentang ilmu perang...sukar orang nak bace gerak n langkah die....sebab langkah2 dalam silat gayung fatani terlalu banyak pecahan dan seni....."


Saat lepaskan jawatan sebagai setiausaha..
Aku masih mencari erti  kata-kata cgu lan 2...maklumla....ni baru 2nd year aku belajar kot...ahhahahaha...skrg aku  memegang bengkung kuning n masih tecari2 lagi ilmu dlam silat nih..selagi pjg umo aku benafas kat bumi ukm nih....InsyaAllah selaagi daya aku teruzkan pejuangan aku dalam silat gayung fatani ..InsyaAllah....lagi2 untuk kelab...bersama yDP saha..tYDP hafzan..aisyah..farah...adik2 junior..sahabat sepersilat yang laen....InsyaAllah..kite same2 teguh an kelab kite...


Barisan M.T dan Exco 2010/2011
wALAupun kelab kite nih..kelab kecik je kat UKM ...tapi...tanggungjwab harus dipikul sebaek mungkin...kalo x...kene jawab kat akhirat nanti an...........Salam pendekar...